Anda boleh ‘repair’ 10 kerosakan telefon pintar dengan aplikasi ini

Share Button

Insuran telefon diperkenalkan dengan 10 jenis kerosakan telefon pintar yang boleh dipulihkan tanpa kos tersembunyi.

10 jenis kerosakan ini termasuk:

  1. Skrin retak
  2. Kerosakan skrin sentuh
  3. Kerosakan kamera
  4. Kegagalan bateri
  5. Kegagalan butang utama
  6. Kegagalan port pengecas
  7. Kerosakan pembesar suara
  8. Kegagalan mikrofon
  9. Bicu fon kepala
  10. Kegagalan butang bunyi

Insuran yang dinamakan Cover4u tersebut beroperasi secara aplikasi yang mana anda boleh muat turun melalui Android atau iOS.

Cover4u diperkenalkan syarikat Cover IT Sdn Bhd. Pertama kali diperkenalkan di Malaysia dengan pakej enam bulan atau setahun.

Pengguna boleh mendaftar insuran selam enam bulan dengan bayaran RM90 bagi baik pulih 10 kerosakan secara percuma (sekali tuntutan).

Aplikasi yang dapat membantu anda membaiki telefon pintar tanpa perbelanjaan yang tinggi dan yang lebih penting lagi ia dapat digunakan dengan cara yang sangat mudah.

Oleh kerana Cover merupakan aplikasi, semua yang anda perlukan untuk membaiki telefon pintar boleh diakses melalui aplikasi ini. Aplikasi ini menyediakan bantuan 24/7

sebaik sahaja anda melanggan.

Sekiranya anda ada mengalami salah satu dari 10 jenis kerosakan yang dilindungi oleh aplikasi ini, anda hanya perlu menfailkan laporan atau mengemukakan pertanyaan melalui aplikasi Cover.

Anda kemudian akan dirujuk kepada ejen terdekat untuk memperbaiki telefon pintar yang rosak. Ejen Cover berada di lokasi sekitar Lembah Klang.

Apa komen anda?