AI dalam fotografi yang buat mulut ternganga

Share Button

Apabila Huawei melancarkan set cip Kirin 970 pertama kali ketika IFA 2017, pengguna langsung tidak mempunyai idea bagaimana ia berfungsi dan apa kaitannya dengan telefon pintar.

Bagaimanapun, sedikit demi sedikit kita akhirnta mengakui AI sebenarnya merupakan nadi kepada peranti. iPhone X pun mempunyai AI tapi hanyalah pengenalan wajah, AR dan sebagainya. Walaupun terdapat NPU (Neural processing unit) dalam prosesor Kirin 970, aplikasi melalui AI lebih berkuasa yang memberikan 25x lebih baik untuk prestasi dan 50x lebih cekap berbanding CPU. Inilah yang didilihat pada fotografi Huawei Mate 10 apabila ia mempunyai pemprosesan imej yang lebih cepat dan lebih baik, mudah merakam dan foto profesional.

Huawei Mate 10 adalah satu lagi inovasi dwi kamera, memberikan ‘otak’ dalam kamera dengan konfigurasi AI melalui fotografi telefon pintar berdasarkan data yang sangat besar dan seni profesional.

AI juga boleh melalui proses pembelajaran yang menghasilkan fotografi yang lebih baik sekaligus membawa pengalaman fotografi paling mantap kepada pengguna.

Bagaimana AI mempelajari tingkah laku fotografi anda? Ia melalui pembelajaran yang moden dan berterusan dengan penyesuaian dan pendek kata, mengenali anda dengan dengan pintar sehingga mampu meningkatkan ketepatan setiap pengiraan untuk subjek ketika merakam.

Semakin banyak pengguna menggunakan kamera, semakin banyaklah AI akan mempelajari tabiat fotografi anda yang memberikan operasi kamera lebih tepat, menjadikannya lebih pintar. Ia sama sahaja bagaimana manusia membesar dan belajar ilmu melalui proses pembelajaran.

Huawei menghabiskan banyak masa dan usaha membina asas fotografi AI, dengan bertan-tan sampel foto, membolehkan AI mengenali setiap senario dan objek dalam masa sebenar.

Terdapat 13 jenis senario dan subjek dikenal pasti termasuk langit biru, bunga, tumbuhan, pantai, matahari terbit atau matahari terbenam, persembahan, makanan, teks, malam, salji, kucing, anjing, dan potret.

AI pada kamera Mate 10 memberikan tawaran yang paling sukar ditolak pengguna memandangkan fotografi sememangnya paling cocok dengan pengguna di Malaysia.

Kamera kemudian menyesuaikan warna, kontras, kecerahan, pendedahan, dan pasca pemprosesan untuk menghasilkan foto yang menakjubkan, terperinci dan menarik pada dunia fotografi.

Perlu diingatkan pelarasan ini bukan `filter’ tapi itulah fungsi AI yang menjadikan fungsi merakam foto secara automatik pun merubah pelarasan gambar sesuai dan algoritma pemprosesan direka Huawei selepas menganalisis lebih 100 juta imej.

Pada asasnya, AI melakukan kerja jurugambar dan memandangkan kebanyakan antara kita bukan jurugambar profesional, sudah pasti masuk akal untuk membiarkan fon Huawei ini mengambil alih dan mengoptimumkan foto itu.

Salah satu aspek yang hebat siri Huawei Mate 10 ialah masih menawarkan anda keupayaan untuk menggunakan mod manual atau pilihan mod lain bagi fotografi yang lebih maju.

Ia jelas menunjukkan AI tidak menghadkan anda dengan apa cara sekalipun tetapi hanya hadir untuk membantu anda merakam foto terbaik dengan telefon.
Anda mungkin sudah biasa dengan fon yang bertahan hanya mungkin tujuh hingga lapan jam maksimum tapi lain pula apabila AI diserapkan dalam fon Huawei Mate 10.

Bermakna, sekali pun anda pengguna aktif, bateri 4,000mAh, Mate 10 masih bertahan sehari suntuk manakala penggunaan biasa pula selama dua hari. Tambahan pula, bateri siri Mate 10 disahkan selamat oleh agensi pemantauan keselamatan Jerman, TUV.

Lagipun, dengan kuasa SuperCharge, ia mampu mengecas 58 peratus bateri dalam masa 30 minit saja.

Fungsi AI memberi kelebihan dan sehingga pengetahuan kamera AI dilatih dan diuruskan perkomputeran `cloud’ dan tiada data aktif dihantar ke pusat data.

Kemudian, penggunaan AI dalam menterjemah bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas dengan aplikasi Accelerated Translator berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara online atau offline.

Ia bermakna, tanpa sambungan Internet pun anda masih boleh berkomunikasi dengan pelbagai bangsa manusia di dunia dan menarik juga apabila ia juga mengesan imej serta menterjemahnya terus di atas skrin.

Hanya halakan kamera pada teks yang tertulis melalui pelbagai bahasa dan AI pantas menukarnya ke skrin.

Apa komen anda?