10 sebab Huawei Mate 10 syok sebagai fon bisnes

Share Button

Bercakap tentang fon, biasanya kita mengaitkannya sebagai gajet untuk hiburan tapi rupanya selepas lama memegang Huawei Mate 10, Sam menjumpai sesuatu yang sangat berharga.

Ia bukan sekadar fon, jika anda seorang usahawan, eksekutif, pekerja, pensyarah dan pendek kata memerlukan gajet yang sesuai untuk urusan harian, Mate 10 jawapannya.

10 sebab kenapa Sam berkata demikian.

1. Fon jadi PC. Huawei Mate 10 sesuai sebagai pejabat peribadi dengan mod desktop berasaskan EMUI. Terdapat model telefon yang memerlukan anda mempunyai dok khas bagi memuatkan telefon sebelum menyambungnya ke monitor. Tapi lain pula dengan Mate 10 boleh dijadikan CPU dan satu kabel sudah memadai menyambungkan ke monitor dan menukarnya menjadi set PC baru. Fungsi ini dipanggil Easy Projection.

2. Lengkap 50 terjemahan bahasa. Menterjemah bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas dengan aplikasi Accelerated Translator berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara online atau offline. Ketika anda berurusan di luar negara terutama yang sukar berbahasa Inggeris, inilah fungsi yang sangat membantu.


3. Hubungan melalui LinkedIn. Daftar akaun anda dan semua maklumay hubungan atau contact akan sync dengan direktori LinkedIn yang memungkinkan anda melihat maklumat profil dengan satu langkah mudah saja. Anda juga boleh melihat ikon LinkedIn di sebelah nama individu itu.

4. Semua jenis kerja boleh dipindahkan dengan pantas bersama kelengkapan kerja seperti presentation atau persembahan digital dan perkongsian fail. Kalau mahu kongsinya, boleh terus lakukan tanpa internet di Huawei Mate 10.

5. Apabila telefon boleh ditukar menjadi pad sentuh (dengan fungsi Easy Projestion) seakan-akan anda menggunakan pada tengah pada laptop sendiri.

6. Fungsi backup pada Huawei Mate 10 memang memudahkan bagi menyelamatkan dokumen rasmi pekerjaan anda sekiranya berlaku apa-apa.

7. Terdapat perisian Microsoft Office juga disediakan. Mudah!

8. Kuasa SuperCharge, ia mampu mengecas 58 peratus bateri dalam masa 30 minit saja. Sekali pun anda pengguna aktif, bateri 4,000mAh, Mate 10 masih bertahan sehari suntuk manakala penggunaan biasa pula selama dua hari. Tambahan pula, bateri siri Mate 10 disahkan selamat oleh agensi pemantauan keselamatan Jerman.

 

9. Document Scan. Pelbagai dokumen yang perlu didigitalkan lebih mudah berbanding menggunakan mesin scanner yang besar! Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pilih tetapan Document Scan pada kamera dan ia akan mengimbas dokumen dengan tepat.

10. Internet yang laju. Terima kasih kepada ciri 4×4 MIMO, 256QAM serta 3CC CA iaitu aspek teknikal pada rangkaian, anda akan memperoleh telefon pintar 4.5G 1.2Gbps Cat.18 yang pertama di dunia. Huawei Mate 10 mampu memberi kelajuan data sehingga 1.2Gbps.

Apa komen anda?