WhatsApp tak boleh guna

Share Button

Perkhidmatan permesejan Whatsapp, hari ini berdepan dengan masalah apabila pelayan mereka terputus bekalan elektrik sebentar tadi.

Namun kini ia sudah kembali pulih.

 

Masalah yang melanda pelayan yang terletak di Singapura itu menyebabkan jutaan pengguna WhatsApl di rantau Asia terputus perhubungan.

Malaysia merupakan negara yang paling gemar menggunakan WhatsApp, menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Reuters Institute for the Study of Jounalism (RISJ). Kaji selidik ini dibuat di seluruh dunia, meliputi 36 negara dan 70,000 orang responden. Di Malaysia, seramai 2,108 orang terlibat dalam kaji selidik ini.

Meningkatnya penggunaan media sosial dan permesejan internet, menjadikannya lebih mudah untuk menyebarkan berita dan cerita. Dalam kajian RISJ ini, 51% responden di Malaysia menggunakan WhatsApp sebagai saluran utama penyebaran berita, berbanding hanya 38% di Singapura.

Apa komen anda?