V-cash, kini anda tak perlu bawa dompet

Share Button

Membeli belah di Mydin atau makan di restoran Manhattan Fish tanpa sebarang duit dikeluarkan.

Bukan percuma tetapi konsep tanpa tunai atau cashless kini direalisasikan. Digi Telecommunications Sdn Bhd atau Digi misalnya bekerjasama dengan Valyou Sdn Bhd menawarkan inovasi baru ini dengan aplikasi vcash.

Menariknya, vcash menawarkan pindahan transaksi kewangan kepada pekedai atau penjual yang bukan pengguna vcash dan sebaliknya.

Konsep e-dompet ini memerlukan anda menambah nilai dalam vcash menerusi Digi Store atau bayaran online melalui FPX atau JomPay.

Selain Mydin dan Manhattan Fish Market tadi, terdapat 500 kedai atau restoran yang menerima vcash.

Transaksi selamat ini boleh dilakukan secara online atau offline dengan had penggunaan sehingga RM5,000 bergantung kepada akaun masing-masing dari kategori Basic, Enhanced atau Premium.

Anda juga tidak perlu menjadi pelanggan Digi untuk memiliki servis ini dan ia juga beroperasi dengan semua jenis fon.

Vcash kini sudah boleh dimuat turun di Google Play tau App Store.

Sebaik muat turun, sebagai contoh, anda boleh pergi ke kafe dan mengimbas kod QR sebelum aplikasi meminta nombor TAC. Sebaik enam digit atau imbasan cap jari dilaksanakan, transaksi dikira sukses.

Tempoh transaksi kurang 20 saat dan ia sangat mudah.

Apa komen anda?