Uber batal ‘surge’ & ‘cancellation ride’

Share Button

Uber Malaysia memansuhkan bayaran ‘surge’ dan pembatalan menaiki (cancellation ride) di kawasan yang terbabit dengan banjir di Pulau Pinang.

Dalam kenyataannya, Uber berkata ia bertujuan membantu penduduk negeri terbabit mengharungi banjir teruk yang melanda sekarang.

“Selain itu, kami ingin mengingatkan jumlah kenderaan juga terhad memandangkan pemandu juga terjejas dengan bencana ini,” katanya.

Bayaran surge dikenakan pada waktu puncak dan pembatalan menaiki kenderaan dicaj selepas lima minit penumpang memesan kenderaan.

Uber terdapat di 15 bandar Malaysia – Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Batu Pahat, Langkawi, Melaka, Kuala Terengganu, Kuantan, Alor Setar, Kuching, Miri, Kota Kinabalu dan Sandakan.

Apa komen anda?