U Mobile Menggila, Tawar Data Tanpa Had

Share Button

U Mobile melancarkan pelan Unlimited HERO P99 yang membolehkan pengguna menikmati data tanpa had dan lebih hebat, tanpa ‘speed cap’ pada harga RM99 sebulan.

Pengguna juga menerima data hotspot percuma sebanyak 30GB atau berkongsi data dengan tiga individu lain melalui ‘Share 20’ yang menggunakan rangkaian U Mobile.

Selain itu, U Mobile turut menawarkan panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian.

Ia bermakna, pengguna Unlimited HERO P99 boleh menikmati sebanyak mana data yang anda mahu untuk tujuan strim, bersosial atau bersembang tanpa had.

Pelan Unlimited HERO P99 boleh didapati hari ini dan anda boleh layari www.u.com.my/postpaid/unlimited-hero untuk mengetahuinya.

U Mobile juga membandingkannya bersama syarika telco lain:

Antara perkhidmatan U Mobile termasuk

U Mobile’s Unlimited Services:

·      Call-Onz™

:

Panggilan tanpa had ke semua rangkaian

·      App-Onz™

:

Akses Facebook, Twitter dan Instagram tanpa had

·      Game-Onz™

:

Data game tanpa had

·      Music-Onz™

:

Strim muzik Apple Music, Spotify, Tidal dan 17 lagi tanpa had

·      Video-Onz™

:

Strim video YouTube, Netflix, Viu, iflix tanpa had

·      Waze

:

Waze tanpa had

Apa komen anda?