Tiga produk ini laris di Facebook, WeChat tapi hakikatnya…

Share Button

Tiga jenis produk yang mendapat sambutan tinggi di laman sosial namun ia bukanlah produk yang mampu meninggikan taraf gaya hidup anda.

Produk rangsangan seks, kosmetik dan kecantikan paling laris di laman sosial namun ramai mengambil kesempatan menjual produk tidak berdaftar dan mengandungi racun itu, secara dalam talian.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS), ia berjaya mencatatkan jumlah rampasan RM80,000 daripada keseluruhan RM1.6 juta sepanjang operasi dijalankan jabatan tersebut dari Januari hingga Oktober lepas.

Produk tersebut mendapat permintaan tinggi di laman sosial Facebook dan Instagram malah di aplikasi permesejan WhatsApp serta WeChat kerana pengguna tertarik dengan iklan dan promosi produk.

Dr Zainudin Mohd Ali yang juga Pengarah JKNS berkata, hasil pemeriksaan mendapati jualan ubat-ubatan kesihatan dan kosmetik yang tidak diluluskan semakin meningkat di laman sosial.

Risaunya, menurut Dr Zainudin sebanyak 842 jenis produk kesihatan dan kosmetik terlarang dan tidak diluluskan dirampas pihaknya, sepanjang 10 bulan tahun ini.

“Cawangan Penguatkuasa Farmasi juga turut menjalankan aktiviti saringan dan pemantauan terhadap penjualan dalam talian. Pemantauan itu bagi memastikan produk terlarang tidak dijual dan diedarkan sewenang-wenangnya,” kata beliau.
Harian Metro yang menyertau serbuan itu melaporkan JKNS melakukan dua serbuan terhadap penjual dalam talian dan merampas pelbagai jenis produk bernilai RM80,000 serta menutup 47 akaun Facebook yang digunakan untuk jualan itu dengan kerjasama Cyber Security Malaysia (CSM).


Selain itu, produk yang dirampas itu disyaki dicemari racun seperti sibutramine, hydroquinone, tretinoin, merkuri yang dicampur di dalam produk pelansingan badan dan kosmetik selain racun jenis sildenafil di dalam produk peransang seks.

Selain itu, Zainudin berkata, pihaknya turut meningkatkan pemantauan terhadap perkhidmatan perubatan dalam talian seperti doktor gigi palsu bagi mengelak wujud aktiviti itu.

Apa komen anda?