Telco mana tawar iPhone X paling murah? Baca ini

Iphone X sah dijual di Malaysia pada 24 November nanti. Pada harga RM5,149 untuk 64GB dan RM5,899 untuk 256GB, ia bukan nilai yang murah.

Bagi yang ingin mendapatkannya, seperti biasa boleh menggunakan khidmat telco untuk harga di bawah paras ditawarkan ditambah pula dengan pelan khas masing-masing.

TheSkop ringkaskan pelan yang membolehkan anda mendapatkan iPhone X paling murah di kalangan telco.

Perlu diingatkan, apa yang cuba ditonjolkan kami adalah cara untuk mendapatkan iPhone X paling murah di kalangan telco.

Ia bermakna, TheSkop menggunakan setoran 64GB sebagai rujukan dan ia tidak termasuk bayaran bulanan bermakna ada pelan yang mempunyai bayaran bulanan tinggi.

Selain itu, pelan yang dipilih semuanya menawarkan kontrak selama 24 bulan.

Pelan MaxisONE 128

HARGA iPHONE X: RM3,075

Bulanan: RM188

Bayaran pendahuluan: RM954 (akan direbetkan kembali dalam akaun setiap bulan selama 12 bulan)

Harga perlu dibayar ketika di kaunter: RM4,029

Digi Postpaid 78

HARGA iPHONE X: RM3,895

Bulanan: RM78

Bayaran pendahuluan: RM530+RM78 (akan direbetkan kembali dalam akaun setiap bulan selama 12 bulan)

Harga perlu dibayar ketika di kaunter: RM4,503

U Mobile i90

HARGA iPHONE X: RM3,825

Bulanan: RM90

Bayaran pendahuluan: RM600 (akan direbetkan kembali dalam akaun setiap bulan selama 12 bulan)

Harga perlu dibayar ketika di kaunter: RM4,690.50

Celcom FIRST Platinum Plus

HARGA iPHONE X: RM3,078

Bulanan: RM188

Bayaran pendahuluan: RM1,300 (akan direbetkan kembali dalam akaun setiap bulan selama 12 bulan)

Harga perlu dibayar ketika di kaunter: RM4,378

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: