Tak Mampu Beli iPhone X? Tunggu Saja iPhone SE 2

Share Button

Oleh Xavier Naxa

Beberapa hari lepas saya ada menerbitkan satu artikel berhubung rekaan konsep iPhone SE 2.

Hari ini satu laporan yang dikeluarkan oleh China’s Economic Daily News berhubung pelancaran bagi model iPhone SE 2 yang akan dilancarkan sekitar awal tahun 2018.

Menurut laporan itu juga, pembuatan iPhone SE 2 akan dibuat oleh syarikat dari Taiwan iaitu Wistron yang mana pembuatanya akan berpengkalan di Bengaluru, India.

Umum mengetahui bahawa pihak Apple telah membina kilang di India dimana pembuatan iPhone SE sedang berjalan disana.

iPhone SE 2 dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Januari, Februari atau Mac tahun hadapan. Spesifikasi bagi iPhone SE 2 ini akan menggunakan spesifikasi yang hadir pada iPhone 7 iaitu menggunakan cip Apple A10 Fusion, RAM sebesar 2GB dan hadir dengan dua variasi storan 32GB dan 128GB.

Pertama kali iPhone SE dilancarkan adalah pada 22 Mac 2016 dan sehingga kini model baru bagi peranti bersaiz 4inci ini masih menjadi teka-teki.

Walaubagaimanapun, diharap anda tidak menaruh harapan yang sangat tinggi memandangkan laporan yang dikeluarkan oleh China’s Economic Daily News tidak setepat dari pelapor-pelapor yang lain.

Secara peribadi, sekiranya Apple masih menaruh harapan pada model iPhone SE, besar kemungkinan pihak Apple masih mengekalkan rekaan yang sedia ada dan menggunakan sesifikasi yang hadir pada iPhone 7.

Dari segi kapasiti storan pula, besar kemungkinan ia hadir dengan dua kapasiti iaitu 64GB dan 256GB.

Paranti ini masih menggunakan fungsi Touch ID dan butang Home akan dikekalkan pada model ini.

SEKADAR PANDANGAN

Apa komen anda?