[PREVIU] Anda patut lupakan iPhone X untuk fon ini

Share Button

Huawei Mate 10 Pro menemui pengguna hari ini dan secara jujurnya, Sam ingin menyatakan ia kini terbaik di dunia yang mempunyai ciri AI atau artificial intelligence pada fon seterusnya menjadikan model ini TELFON PINTAR sebenar.

Jom lihat sedikit previu Sam pada telefon ini yang mula dijual pada hari ini dengan nilai harga RM3,099.

Rekaan

Berbadan aluminium di belakang merupakan perubahan besar yang menyaksikan rekaannya tidak lagi seakan mainan.

Memang cantik dan menggodakan manakala penetapan dwi kamera atas bawah kemudian pengimbas cap jari pula menakjubkan. Ada pula garisan berkotak secara vertikal di bahagian kamera yang sangat estetik.

Paparan

Ia mempunyai skrin OLED pada nisbah aspek atau aspect ration 16:9 dan menggunakan panel IPS LCD.

Dengan paparan tersebut, anda boleh mendapatkan skrin yang menampilkan visual dengan warna sebenar yang ‘ohsem’.

Perkakasan

Di sebelah kanan terdapat butang volum manakala di bawah terdapat pula port USB-C dengan di satu sebelah lain mengandungi slot SIM hibrid bagi membolehkan anda memilih antara kad SIM atau microSD.

Ia datang dengan model 128GB bagi storan dan RAM 6GB. Kuasanya sangat berdesup dan boleh dikatakan pembunuh utama telefon lain ditambah sambungan internet lebih pantas menggunakan telefon ini.

Prestasi

Serba-serbi tentang fon ini jelas mempamerkan satu perkataan. PERFECTION! Terdapat set cip HiSilicon Kirin 970 yang hebat serta gabungan AI menjadikan fon sebenar yang lama ditagih.

Empat core pada Cortex A73 2.36GHz dan empat core lain pada Cortex A53 (1.8GHz) beroperasi cemerlang. Itu yang Sam lihat ketika menggunakannya sekarang.

Bateri

Kapasiti bateri 4000mAh, sama dengan Mate 10 dan menyokong cas pantas 4.5V/5A di mana anda boleh mendapatkan peratusan bateri hingga 35% dalam masa 15 minit saja.

Ia boleh pula digunakan selama setengah hari. Cukup baik terutama jika anda seorang yang sangat aktif.

EMUI

Antaramuka baru ini mempunyai antaramuka mudah guna dan boleh dikatakan bersih.

Rekaannya antaramuka agak kompak tapi kemasannya menyenangkan penggunaan terutama dalam aktiviti harian.

Kamera

Ini yang ditunggu, kerjasama dengan Leica memang menghasilkan kualiti cemerlang terutama pada foto pasca rakaman sehingga boleh mengakibatkan Apple sendiri pun tewas jauh ke belakang.

13 senario baru untuk rakaman dan ia juga boleh mengesan jenis objek dirakam dan dipamerkan sesuatu yang sangat baik.

Dwi ISP untuk pengurangan noise dan prestasi kamera pada pencahayaan rendah sangat membantu. Lensa Summilux-H dengan apertur f1.6; sau sensor RGB 12MP manakala satu lagi 20MP memberi definisi baru fotografi.

Rumusan awal

Ia produk 2017! Anda harus beli

Apa komen anda?