Polis tahu siapa dalang

Polis Diraja Malaysia atau PDRM mengesahkan berlaku khianat di kalangan pekerja syarikat yang mencuri data peribadi pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini sehingga berlaku kebocoran 56 juta data.

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang juga Ketua Polis Negara berkata, ia berlaku apabila proses memindahkan data dieksploitasi individu tidak bertanggungjawab yang mencurinya.

“Kita sudah mengenal pasti punca 56 juta data peribadi pelanggan nombor telefon mudah alih bocor di negara ini. Ia hasil siasatan bersama  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” kata Tan Sri Mohamad Fuzi.

Beliau turut mengesahkan sudah mengenal pasti individu tersebut.

“Naming, syarikat yang memindahkan data tiada kaitan dengan perkhidmatan telekomunikasi,” jelasnya.

Ini adalah hasil maklum balas kenyataan SKMM sebelum ini yang menyiasat laporan iklan untuk menjual data pengguna.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: