[Piala Malaysia] Mahu ke stadium hari ini tapi takut tiada signal? Baca ni…

Share Button

Anda mungkin mahu menyertai kemeriahan di stadium terutama penyokong pasukan Kedah dan JDT yang bakal memenuhi stadium hari ini sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2017.

Kemudiannya berhubungan dengan rakan-rakan atau saudara menanyakan lokasi mereka, pergerakan dan macam-macam lagi.

Namun pada kebiasaan acara besar seperti perlawanan bola sepak dalam stadium, komunikasi terutama yang melibatkan data memang terhad. Kerapkali menghantar Whatsapp tak lepas dan sebagainya disebabkan rangkaian yang sesak.

Apa yang anda boleh lakukan? Mungkin boleh muat turun aplikasi FireChat yang berfungsi walaupun tanpa sambungan internet atau liputan rangkaian telefon. Anda boleh gunakan di mana-mana sahaja seperti kapal terbang, pengangkutan awam, kapal persiaran, kampus, dan acara-acara yang sesak. Apa yang anda perlukan ialah orang lain yang ingin anda hubungi menggunakan aplikasi FireChat.

Anda secara automatik berkomunikasi secara langsung dengan satu sama lain, mewujudkan rangkaian anda sendiri.

Firechat Apps UI

Bagaimanakah ini berfungsi? FireChat mewujudkan rangkaian mesh menggunakan Bluetooth dan wifi peer-to-peer. Ia menghantar mesej dan gambar di antara peranti yang terletak dalam jarak 200 kaki dari satu sama lain.

Pengguna FireChat membentuk satu rangkaian yang meningkatkan saiz dengan bilangan peranti. Ia membolehkan mesej untuk melompat dari satu peranti ke penerima lain.

Pesanan umum boleh dilihat oleh sesiapa pun. Mesej peribadi disulitkan dan hanya boleh dilihat dan dibaca oleh penghantar dan penerima.

Anda juga boleh mencipta chatroom untuk perbincangan mengenai sebarang topik dengan beberapa orang atau berpuluh ribu pengguna serentak. Anda boleh juga membuat hashtag dalam apa-apa mesej untuk mewujudkan sembang baru secara automatik.

Aplikasi ini boleh diakses pada iOS dan Android.

Apa komen anda?