Nampak biasa namun kandungan YouTube ini tak sesuai untuk anak anda

Adakah anda mengetahui apa yang sedang ditonton anak anda di YouTube sekarang?

Sam mungkin mahu tekankan sedikit soalan tersebut, “Adakah anda benar-benar tahu kandungan yang sedang ditonton anak anda di YouTube sekarang?”

Jangan terkejut di sebalik kelekaan membiarkan mereka menonton video di YouTube dengan beranggapan semua kandungan selamat dan ditapis, terdapat beberapa pemuat turun video yang menggelarkan kandungan mereka sebagai saluran permainan kanak-kanak namun hakikat adalah sebaliknya.

Jadi, kandungan tersebut masih berada dalam senarai ‘recommend’ untuk ditonton anak anda meskipun kandungannya boleh menyebabkan anda sesak nafas dan beristigfar panjang.

Realitinya, kandungan tersebut tidak sesuai dan mengandungi unsur seks serta ganas tanpa ada sebarang amaran atau ‘disclaimer’ di peringkat awal video.

Video ini kerap menggunakan watak Elsa dan Spiderman dengan individu memakai kostum khas karektor tersebut.

Namun mengejutkan apabila lakonan dimainkan bukan bersifat kanak-kanak apabila terdapat adegan si Spiderman memasukkan kepala dalam kain Elsa dengan kelakuan tidak senonoh bagi tempoh masa lama.

Bukan itu saja, si Spiderman akan melakukan aksi lucah terhadap Elsa yang sedang berbaring malah terdapat adegan lain yang menunjukkan Spiderman menarik keluar seluar dalam Elsa.

Mendukacitakan apabila video ini mempunyai ‘thumbnail’ yang boleh mengundang anak anda menontonnya apabila visual depan tersebut seakan kartun biasa yang dipaparkan di YouTube.

Dengan jutaan ‘view’, trend sakit ini mendatangkan bahaya bukan saja mendatangkan bahaya namun tidak memberi manfaat dalam mendidik anak anda.

Apa yang boleh dilakukan termasuk melaporkan kandungan ini ke YouTube dengan klik pada ikon report namun tugas sebagai ibu bapa lebih mencabar dalam menapis kandungan tidak bersesuaian di alam maya ini.

%d bloggers like this: