Maxis Tawar Huawei Mate 10 Pro pada harga tak masuk akal

Bagaimana anda boleh mendapatkan fon Huawei Mate Pro 10 pada harga RM1?

Jawapannya terletak pada pelan MaxisONE Plan 188, sebahagian daripada tawaran akhir tahun Maxis.

Dengan bayaran sebanyak RM188 sebulan, anda boleh mendapatkan juga data sebanyak 50GB sebulan selain panggilan tanpa had.

Data itu juga boleh dikongsi bersama empat subnombor lain.

Mate 10 Pro dijual di pasaran pada harga RM3,099.

Maxis juga mengumumkan promo akhir tahun merangkumi pelan MaxisONE Home Fibre Broadband yang lebih mampu dimiliki:
Pelan Home Fibre Broadband 10Mbps yang kini berharga RM119 sebulan (dari RM139 sebulan), dan ditawarkan dengan panggilan tanpa had kepada semua talian mudah alih dan tetap.

Manakala pelan Home Fibre Broadband 30Mbps yang kini berharga RM139 sebulan (dari RM179 sebulan) ditawarkan dengan panggilan tanpa had & telefon percuma, akses ifix tanpa had dan konsultasi Maxperts percuma dengan pemasangan Wi-Fi

Bukan itu sahaja, semasa promosi ini, pelanggan MaxisONE Prime boleh mendapatkan peningkatan secara automatik dari 30Mbps ke 50Mbps secara percuma.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: