Maxis tawar Facebook percuma sehingga 999GB, anda tak salah baca

Share Button

Maxis Berhad (Maxis) melalui prabayar Hotlink! memungkinkan pelanggannya menikmati akses kepada Facebook sehingga 999GB secara percuma setiap hari sehingga 31 Disember 2018.

Bagaimanapun, tawaran ini hanya dibuka kepada pengguna baru yang melanggan Hotlink FAST atau SUPER mulai sekarang hingga 31 Disember 2017.

“Langkah tesebut dilaksanakan selari dengan 18 juta rakyat Malaysia kini menggunakan Facebook,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Katanya lagi, sebahagian besar daripada mereka menghabiskan masa melayari kandungan atau menyaksikan video. Dengan tawaran Facebook percuma pantas Hotlink, kami memberi pelanggan pengalaman Facebook yang amat pantas di telefon mudah alih mereka – yang disokong oleh rangkaian nombor satu 4G di negara ini.

Supaya mereka boleh layari Internet dan strim video tanpa sebarang gangguan,” kata Manian.

Untuk menikmati Facebook percuma pantas dengan Hotlink, pelanggan hanya perlu:

Nikmati 999GB Facebook percuma setiap hari dengan pas-pas berikut:

BULANAN MINGGUAN HARIAN
RM35 untuk 5GB RM10 untuk 1GB RM3 untuk 1GB
RM45 untuk 8GB    
RM60 untuk 8GB    
RM70 untuk 10GB  

Apa komen anda?