Laptop Star Wars masuk Malaysia dan harganya mungkin boleh mengukir ayat ‘I’m NOT your father’

Lenovo memperkenalkan laptop edisi Star Wars menerusi model Yoga 920.

Sudah pasti, ia bersempena sekuel filem tersebut yang bakal ditayangkan bulan depan sekaligus membolehkan Lenovo memperkenalkan dua versi Yoga 920 Star Wars iaitu warna putih dengan logo Rebel Alliance di depan serta warna hitam sebagai tema kepada Galactic Empire.

Kini sudah boleh dibeli di pasaran, Lenovo Yoga 920 Star Wars edisi terhad berharga RM8,888 (harga permulaan) berdasarkan spesifikasi yang digambarkan sebagai futuristik oleh Lenovo.

Antaranya, keupayaan prosesor Intel Core i7 Gen8 yang dimasukkan bersama memori 16GB di samping setoran 1TB.

Ia ditambah pula dengan skrin 13.9-inci jenis UHD bersama jangka hayat bateri lama iaitu 15.5 jam.

Berdasarkan OS Windows 10 dan dua port thunderbolt, ia juga mempunyai pengimbas cap jari bagi pengesahan berdasarkan biometrik ketika membuka laptop.

Hanya seberat 1.37kg, monitornya menampilkan paparan jenis 4K yang sesuai menonton video pada taraf tinggi.

Menariknya tentang Yoga 920 terletak pada ciri dua dalam satu di mana skrinnya boleh diputarkan dan dijadikan tablet. Skrin sentuh pada laptop boleh dipasangkan dengan pen khas Lenovo Active Pen 2 yang dijual berasingan.

Beberapa port lain yang diperkenalkan termasuk satu USB3.0, 2 x USB Type-C dan jek audio.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: