Jangan ingat anda pengguna Apple, anda selamat!

Share Button

Oleh Xavier Naxa

Umum mengetahui bahawa dunia teknologi pada hari ini berdepan dengan jenayah siber yang amat sukar dibendung memandangkan tahap keselamatan siber masih belum mencapai satu tahap yang optimum.

Ramai dikalangan kita memandangkan rendah tentang isu keselamatan hinggakan mereka rela menjadi salah seorang mangsa jenayah.

Hakikatnya banyak sumber-sumber yang memudahkan Pengodam mendapatkan maklumat peribadi anda termasuklah tahap keselamatan web dan aplikasi pihak ketiga.

Jika anda pernah membaca artikel saya sebelum ini, saya antara individu yang kuat mempertahankan isu keselamatan siber bagi mengelakkan anda menjadi salah seorang mangsa.

Antara kes yang pernah dilaporkan termasuklah kehilangan wang di akaun bank, emel spam dan kecurian data peribadi.

Jika dilihat dalam group ini, ramai yang menerima emel dari seorang individu yang kononya dari pihak Apple yang memohon untuk anda mengemaskini data peribadi atau memohon anda memasukkan kata laluan.

Tujuan utama mereka bertindak sedemikian adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan kad kredit atau debit serta ugutan jenayah.

Isu kehilangan wang di akaun bank hakikatnya bukanlah satu kes terpencil, dan saya dapat merasakan bahawa anda salah seorang mangsa tersebut.

Pastikan anda menyemak akaun bank anda masing-masing dan selalu memantau aliran masuk dan keluar wang anda.

Bagi memastikan wang di akaun simpanan anda selamat, saya mencadangkan agar anda menetapkan had pembelian atas talian (online purchase) pada nilai RM0.00.

Melalui kaedah ini, pengodam tidak dapat menggunakan kat debit anda untuk pembelian yang tidak sah.

Jika anda pengguna iOS, selalu berhati hati dalam menggunakan jailbreak dan secara peribadi saya dapat rasakan bahawa Tutuapp antara aplikasi yang terdedah kepada kecurian data peribadi anda.

Bagi memastikan bahawa akaun emel anda selamat, anda boleh menyemak sama anda akaun emel anda pernah digodam oleh Pengodam dengan melayari pautan https://haveibeenpwned.com/ .

SEKADAR PANDANGAN
Follow Twitter: @xaviernaxa

Apa komen anda?