Jam pintar Samsung Gear Sport Agak Lain Macam

Share Button

Berminat membeli jam pintar? Anda sedang membaca artikel yang betul.

Samsung memperkenalkan Gear Sport untuk pasaran Malaysia yang mempunyai ciri jam pintar menarik termasuk lengkap GPS, giro, accelerometer, barometer dan HRM.

Pada harga RM1,299, ia mempunyai rekaan bulat bersaiz 1.2-inci Super AMOLED 360 x 360 piksel warna penuh AOD.

Kemudian, ia datang lagi dengan berat hanya 50g manakala operasi pula pada prosesor Exynos 7270 1.0GHz dan storan dalaman 4GB.

Berdasarkan RAM 769MB, ia berjalan agak lancar malah mampu bertahan 3 hingga 4 hari tanpa cas dengan bateri berkapasiti 300mAh.

Skrin Gorilla Glass 3 memang tahan lasak dan paling menarik, ia kalis air sehingga 50 meter sesuai untuk anda membawanya bersama ketika berlumba di kolam renang.

Di Malaysia, dua warna tali jam boleh diperoleh iaitu hitam dan biru.

Comments

Apa komen anda?