iPhone X pertama…yang skrinnya pecah

Share Button

 

iPhone X seorang pengguna Facebook, Muhammad Farhan mungkin iPhone X pertama yang pecah skrinnya di Malaysia.

Menceritakan masalah skrin pecah di Facebook, Muhammad Farhan memuat naik status “ipX yang pertama pecah…boleh claim warranty tak masta masta..receipt semua ada” di sebuah grup Facebook Apple.

Dalam ruangan komen, beliau mengatakan skrin iPhone X pecah ketika ia dimasukkan dalam poket apabila ditanya pengguna lain dalam grup sama.

“tak buat apa-apa, hanya masukkan dalam poket tapi seluar memang agak ketat,” katanya apabila menjawab persoalan pengguna lain.

Beliau berkata, iPhone X yang baru dibeli kurang 24 jam sudah dipasang dengan ‘tempered glass’ namun ia masih tidak menghalang skrinnya dari pecah.

“Saya sudah bertanya kepada pihak berkenaan, tidak boleh tuntut waranti,” katanya lagi apabila disoal berkenaan waranti.

Muhammad Farhan juga mengakui tidak membeli insuran tambahan untuk iPhone X kerana kosnya sehingga RM899 agak mahal.

Ia iPhone X bernilai RM5,149 dengan storan 64GB.

Skrin iPhone X bernilai antara RM1,500 hingga RM2,500 di pasaran jika ingin baik pulih inign dilakukan.

Apa komen anda?