Impak DFTZ pada ekonomi Malaysia

Share Button

 

Pasti anda semua sudah ternampak singkatan DFTZ di media masa sejak beberapa hari sudah dan mungkin sudah arif tentang maksud akronim ini.

Digital Free Trade Zone (DFTZ) atau Zon Perdagangan Bebas Digital Malaysia dikatakan bakal membantu ekonomi negara dengan mengadakan lebih 60,000 peluang pekerjaan. malah memberi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berniaga di peringkat global dan mencapai eksport produk bernilai RM160.95b pada 2025 nanti.

Sebut Alibaba, mestilah ada pengasasnya, Jack Ma. Dalam kesibukan, pengerusi eksekutif Alibaba itu sempat ke Malaysia untuk menyaksikan sendiri pelancaran DFTZ baru-baru ini.

Najib dan Ma (kanan) duduk sebaris memperkenalkan DFTZ

“Saya percaya ini cuma satu permulaan bagi sebuah kerjasama strategik yang berpanjangan di antara dua negara,” kata Ma.

Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ma juga melancarkan KLIA Aeropolis DFTZ Park, hab ePenunaian (eFulfillment) serantau pertama Kumpulan Alibaba di luar China.

Hab berteknologi tinggi ini dijangka mampu melunaskan  pelepasan dan pengendalian sempadan dalam tempoh 3 jam dan mencapai 90 peratus Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) selain meningkatkan operasi Terminal Kargo (CTO) daripada empat jam kepada 90 minit.

Seiring dengan hab ePenunaian, satu lagi komponen utama DFTZ ialah ePerkhidmatan (eServices), iaitu platform yang menyediakan perkhidmatan rentas-sempadan untuk memudahkan PKS mendapat kemudahan-kemudahan seperti kewangan, insurans dan pemasaran digital.

Apa komen anda?