Mesin semak PTPTN di KLIA

Share Button

Selain kemudahan portal sspi2.imi.gov.my, Jabatan Imigresen Malaysia turut memperkenalkan cara lain menyemak status perjalanan ke luar negara anda.

Imigresen memperkenalkan meson Pre Read Kiosk atau Kios Pra Semakan Senarai Hitam yang membolehkan pengguna membuat semakan jika layak ke luar negara atau tidak yang melancarkan perjalanan mereka.

Anda boleh menyemaknya sebelum daftar masuk sekaligus kesulitan sebelum berlepas, jangan nanti apabila tiba di kaunter imigresen untuk pemeriksaan pssport, ada sekatan ke luar negara.

Menurut Dato Seri Mustafar Ali yang juga Ketua Pengarah Imigresen, seramai 447, 890 peminjam PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional disekat ke luar negara daripada 790,186 rakyat Malaysia disenaraihitam oleh Imigresen.

Sehingga kini, tiga Pre Read Kiosk dibuka di KLIA manakala KLIA2 dalam tempoh sebulan lagi.

Apa komen anda?