Huawei Paling Dipercayai

Share Button

Huawei menjadi jenama paling disyor dan diterima baik di Malaysia.

Dalam satu kajian tentang persepsi awam terhadap ribuan jenama lain pelbagai sektor di dunia, YouGov BrandIndex, telah menempatkan HUAWEI dalam kelompok sepuluh jenama utama di dalam carta Kedudukan Tertinggi Advokasi Malaysia 2017 dengan skor keseluruhan 68.2.

Ia menewaskan syarikat lain seperti AXA, Berjaya Sompo, PayPal, Lazada, KFC dan McDonalds.

Huawei, jenama telefon pintar kedua terbesar di Malaysia, mencatatkan jumlah skor menakjubkan iaitu bertambahan sehingga 20.6 mata berbanding 2016 untuk menempatkan mereka di tangga teratas.

Bill Liu, Pengarah Negara Bahagian Bisnes Huawei Malaysia berkata, ia merupakan pengiktirafan yang amat besar diterima dari rakyat Malaysia.

“Ia menyerlahkan berapa banyak jenama yang disukai oleh para pelanggan kami. Inilah sebab kami bekerja keras dan kami amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pengguna Malaysia kepada kami.” katanya.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang telah bersama kami sepanjang perjalanan ini. Kami akan terus membawa peranti dan perkhidmatan cemerlang yang akan meningkatkan kualiti kehidupan dan mencipta pengalaman yang bermakna bagi semua.” katanya.

Tinjauan ini dijalankan oleh YouGov BrandIndex dengan lebih daripada 500 responden, yang terdiri daripada pelanggan semasa dan bekas pelanggan Huawei. Responden telah ditanya “Adakah anda mengesyorkan jenama itu kepada rakan atau rakan sekerja?” dan “Adakah anda memberitahu rakan atau rakan sekerja untuk mengelakkan jenama?” untuk 258 jenama, dari tempoh antara 1 November 2016 dan 31 Oktober 2017. Semua jenama telah dikesan selama sekurang-kurangnya enam bulan dalam tempoh tinjauan.

Comments

Apa komen anda?