Harga mahal tapi iPhone X tetap habis

Share Button

Meskipun harganya mahal, pelan iPhone X bagi sekurang-kurangnya tiga syarikat telco habis dijual.

Tiga syarikat tersebut termasuk Maxis, Digi dan U Mobile manakala Celcom masih membuka tempahan.

Pengguna yang tidak dapat membuat pratempahan bagaimanapun boleh terus ke kaunter syarikat telco masing-masing pada hari pelancaran iPhone X di Malaysia 24 November ini untuk berbuat demikian namun tiada jaminan kesediaan stok.

Sumber memberitahu TheSkop, lebih 10,000 unit diperuntukkan bagi pratempahan telco utama dan 90 peratus dikatakan sudah habis.

iPhone X dijual di Malaysia pada 24 November pada harga RM5,149 untuk 64GB dan RM5,899 untuk 256GB.

Butang Home digital, digunakan menggalas tugas operasi. Ketiadaan Touch ID pula digantikan dengan Face ID. Ia sama seperti Face Unlock yang diguna pakai Android tetapi dikatkan Apple lebih canggih kerana ia dikawal selia oleh kecerdasan buatan.

Paparan adalah sesuatu yang paling ketara pada iPhone X. Ia menggunakan paparan Super Retina Display dengan resolusi 1125 x 2336 sebesar 5.8″. Ini kali pertama iPhone menggunakan paparan OLED.

Pada bahagian dahi telefon, panel OLED terpaksa diberikan bentuk khas bagi menempatkan speaker, kamera depan, dan sejumlah sensor. Implementasi ini saling tak tumpah seperti Essential Ph-1

Apa komen anda?