Harga Kos Baik Pulih Skrin iPhone X, iPhone 8/Plus

Share Button

Oleh Xavier Naxa

Anggaran Harga Kos Pembaikian Skrin iPhone X, iPhone 8/Plus Dalam Ringgit Malaysia.

Umum mengetahui bahawa pihak Apple secara rasmi telah memuatnaik senarai harga bagi pembaikian iPhone X semalam.

Senarai yang dimuatnaik oleh pihak Apple adalah kos pembaikian bagi sebuah iPhone yang telah tamat tempoh jaminan atau kerosakan disebabkan kecuaian.

Memandangkan saya tidak menemui maklumat ini di laman sesawang Apple Malaysia.

Saya ingin berkongsi anggaran bagi kos pembaikian bagi iPhone 8/Plus dan iPhone X sekiranya kerosakan tersebut berpunca dari kecuaian anda atau setelah tamat tempoh jaminan.

Memandangkan saya tidak mempunyai rujukan yang jelas. Saya telah menggunapakai kos yang ditetapkan oleh pihak Machine Malaysia memandangkan mereka merupakan antara pusat servis yang sah.

Berikut merupakan anggaran kos yang telah saya maksudkan.

Kos Pembaikian Skrin iPhone 7
Kos Sebenar RM799.00

Tolak 6% GST dan RM64 (kos buruh)
Kos Asas RM 689.773585

Kos Pembaikian Skrin iPhone 7 di US
USD149.00

Nilai Asas Dalam Ringgit Malaysia
RM689.773585/USD149 (RM 4.63/USD)

Bermakna nilai asas bagi kategori ini adalah RM4.63

Betul ke? Jom kita rujuk kos pembaikian di US

Kos iPhone 7 Plus (USD169)
USD169 x RM4.63 x 1.06% GST + RM64
JUMLAH: 893.4182

Kos yang Machine tawarkan RM899.00

Kita kira Kos iPhone SE (USD129)
USD129 x RM4.63 x 1.06% GST + RM64
JUMLAH: RM 697.1062

Kos yang Machine tawarkan RM699.00

Maknanya, kos bagi iPhone X dan iPhone 8/Plus adalah:

iPhone 8
USD149 x RM4.63 x 1.06% GST + RM64
JUMLAH : 795.2622 / RM799.00

iPhone 8 Plus
USD169 x RM4.63 x 1.06% GST + RM64
JUMLAH : 893.42 / RM899.00

iPhone X
USD279 x RM4.63 x 1.06% GST + RM64
JUMLAH : 1433.28 / RM1439.00


Formula pengiraan ini telah saya guna dalam menentukan harga iPhone 8/Plus dan iPhone X tempohari.

Jika dilihat ia lebih kurang sama sahaja walaupun terdapat pertambahan sebanyak RM150 dalam pengiraan tersebut.

Namun, secara kasar formula tersebut adalah sepadan.

Oleh itu, jika dilihat kos pembaikian skrin bagi iPhone 8/Plus tidak mengalami kenaikkan dan ia masih menggunakan kos yang sama seperti model sebelumnya.

Namun bagi iPhone X besar kemungkinan kos skrin akan dicaj sehingga RM1439.00.

Jika kerosakan dalam kategori ‘other damage’ berkemungkinan ia akan menelan kos sehingga RM2759.00.

Ini hanyalah ramalan saya sahaja. Dan janganlah mengambil serius akan matematik cincai saya ini.

Yang paling utama, jagalah iPhone anda baik-baik.

SEKADAR PANDANGAN

Follow saya di Twitter @xaviernaxa

Sumber harga dari Machine Malaysia dan Apple US.

Apa komen anda?