Gila betul 11street!

Share Button

Bayangkan sebuah beg tangan yang berharga RM290 bakal dijual hanya RM48.23. Tak cukup dengan itu, pembuat roti yang berharga RM312.40 pun dijual pada harga RM199 saja!

 

Bayangkan juga, harga gajet yang beratus ringgit pun boleh ‘drop’ harga melampau. Barangan kecantikan yang selama ini berharga RM353 pun…Cuba teka berapa harganya nanti? Hanya RM171.12.

 

Semuanya bukan mimpi kosong. Buka mulut luas-luas kerana ia hanya berlaku pada laman e-dagang terunggul yang datang dengan kempen ‘Shocking? YES! We Shock, You Shop.

 

Sememangnya inilah ibu segala promosi yang mengejutkan hanya di 11street! Barangan dan produk semuanya datang dari negara berlainan khususnya China, Jepun, Amerika Syarikat atau Korea (Aha, ramai kan peminat K-pop).

 

Promosi-promosi yang mengejutkan bukan sehari dua saja malah ia juga kempen akhir tahun yang menawarkan ratusan ribu produk. Secara tepatnya, lebih daripada 100,000 ‘Shocking Deals’ yang anda semua mungkin tak sanggup lepaskan.

 

Sudahlah beli belah pada harga yang murah, 11street tawar pula penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM29 mulai 1 November 2017 sehingga 31 Disember 2017. Ketika ini, Shocking YES! menjanjikan promosi yang paling hebat dengan harga yang paling rendah.

 

Anda mungkin mahu beli belah untuk menghiburkan diri sendiri atau mungkin mengejutkan saudara mara atau rakan untuk ‘occasion’ tertentu seperti hari lahir. Sudah pasti mereka gembira dengan pelbagai produk dan anda juga dapat berjimat pada masa yang sama.

 

Sudah tiba masanya untuk keluar dari tabiat beli belah biasa anda dan tambah sedikit kejutan dalam kempen membeli belah atas talian dengan promosi yang luar dari kebiasaan. Pendek kata, luar biasa nilai yang anda peroleh.

 

 

Seakan makan di bufet, anda boleh mendapatkan nilai barangan yang sangat murah dalam pelbagai kategori termasuk produk-produk kecantikan, alat-alat elektronik, produk atau aksesori kenderaan, pakaian serta peralatan dapur dan banyak lagi.

 

 

Inilah yang dikatakan beli belah alaf baru yang canggih dan mudah. Hanya di hujung jari.

 

Sama ada menggunakan PC atau buka aplikasi 11street di telefon pintar sudah boleh berbuat demikian dengan cara membeli yang paling ringkas dan mudah digunakan. Barangan pula pantas sampai di depan pintu rumah atau pejabat.

 

Ketika Malaysia di ambang ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau dinamakan Industri 4.0 dan era ekonomi digital, 11street  yang juga laman e-dagang nombor 2 di Malaysia sentiasa berusaha untuk memajukan sektor ini dengan tambahan ribuan produk tempatan dan antarabangsa.

 

Penambahan produk-produk popular yang ditawarkan dari negara China, Jepun, Korea dan

Amerika Syarikat juga adalah hasil dari permintaan pembeli-pembeli 11street yang mahukan produk ini tersenarai dalam bakul digital beli belah mereka.

 

Dan kali ini, ia datang dengan promosi hebat.

 

Mengikut kaji selidik 11street, jumlah tempahan untuk produk global meningkat secara ketara iaitu dua kali ganda pada tahun ini berbanding 2016

 

Sehingga kini, tawaran HARGA TERENDAH yang dijamin serta promosi ‘kilat’ mempamerkan

lebih daripada 500,000 jenama tempatan dan antarabangsa

 

Tak cukup dengan itu, pelanggan juga berpeluang mendapat kupon diskaun sehingga RM300 dan menikmati sesi membeli-belah yang penuh kejutan dari 11street.

 

Agak-agak apa lagi yang anda tunggu? Klik pautan ini nanti http://www.11street.my/ untuk beli belah yang ‘awesome’.

Apa komen anda?