Angka maklumat kad kredit anda yang bocor mengejutkan

Share Button

Data yang dikeluarkan InfoWatch Analytical Center iaitu pusat data dunia menunjukkan sejumlah 7.78 bilion maklumat peribadi dan data kewangan bocor di internet pada Januari hingga Jun tahun ini.

Antara yang bocor termasuk nombor kad pengenalan, maklumat kad kredit dan data kritikal lain berbanding 1.06 bilion pada tempoh sama tahun lepas.

Peningkatan tersebut berikutan 20 kejadian kebocoran data (10 juta rekod setiap satu) yang berlaku pada separuh pertama tahun ini.

Sejumlah 58% berlaku akibat penceroboh luar yang menggodam data tapi paling membimbangkan 4.5 juta rekod bocor akibat perbuatan dalaman.

Kebanyakan data yang bocor datang dari sektor kesihatan manakala syarikat yang katanya berteknologi tinggi seperti perkhidmatan online dan portal juga mencatatkan sektor paling tinggi dalam kebocoran data.

Rekod juga menunjukkan penjenayah siber ini berminat dengan maklumat perbankan.

online hacker attack

Apa komen anda?