Beli F5 6GB percuma Neelofa…eh bukan, aksesori ini

Share Button

Bagi menghargai O-fans, Oppo Malaysia mencipta kotak khas edisi terhad yang turut datang dengan hadiah istimewa sempena jualan Oppo F5 6GB nanti.

Kerjasama dengan Swarovski tersebut datang dengan kasing fon yang dipateri dengan kristal premium Swarovski.

Hanya 1000 O-fans bertuah saja boleh mendapatkan hadiah istimewa ini apabila mereka membuat pra tempahan OPPO F5 6GB (Edisi Merah) bermula 6 Disember 2017, 12.30 tengahari.

Majlis pelancaran juga sah dihadiri aktres terkemuka, Neelofa yang akan melakukan penampilkan ‘unboxing’ fon ini.

F5 6GB (edisi merah) mempunyai RAM 6GB dengan storan 64GB bersama bateri 3200mAh.

Ia mempunyai skrin 6-inci 1080 x 2160 piksel dengan kamera utama 16 megapiksel f1.8 manakala kamera depan pula 20 megapiksel f2.0.

Apa komen anda?