[BANJIR PULAU PINANG] Aplikasi bantu salur maklumat

Share Button

Masyarakat yang sedang menghadapi musibah banjir sekarang terutama di Pulau Pinang boleh mengetahui keadaan semasa melalui Infobanjir, aplikasi telefon pintar yang memudahkan orang ramai terutama mangsa mengetahui maklumat terkini ketika berdepan bencana itu.

Aplikasi tersebut membolehkan orang ramai boleh mendapat maklumat antaranya pusat pemindahan terdekat di setiap daerah, paras air sungai, jalan ditutup, kapasiti semasa mangsa di pusat pemindahan, peta dan petunjuk arah.

Selain itu, rrang ramai juga boleh membuat persediaan dengan lebih cepat melalui maklumat yang dikemas kini setiap hari.

Aplikasi berkenaan boleh dimuat turun menerusi App Store untuk pengguna iOS atau Google Play bagi sistem operasi Android.

Bagi pengguna luar Pulau Pinang misalnya, anda boleh membuka aplikasi ini dan menghantar maklumat kepada kenalan atau saudara di negeri tersebut bagi melengkapkan mereka dengan pusat pemindahan dan kawasan terjejas.

Apa komen anda?