ASUS cantas harga laptop

Share Button

Hari ini masa sesuai untuk mendapatkan laptop game anda apabila ASUS menurunkan harga model ROG GL553 kepada serendah RM4,199 iaitu RM400 lebih murah berbanding harga asal.

Dengan harga tersebut, anda memperoleh prosesor Intel i7-7700HQ/4G/1TB SATA/GTX1050 4G/ODD/WIN 10/FHD TN 200nits selain percuma beg galas.

Manakala jika anda membelinya pada RM4,599 bagi GL553V-DDM282T, anda akan memperoleh spesifikasi i7-7700HQ/8G/1TB+128G SATA/GTX1050 4G/ODD/Win 10/FHD TN 200nits dan beg galas.

Tambahan RM200 lagi diskaun diperoleh melalui Lazada sekiranya anda membuat pembelian melalui laman edagang tersebut dengan memasukkan kod baucer IN200TEL

Laman rasmi ASUS dalam Lazada melalui capaian http://www.lazada.com.my/asus-official-store/

Apa komen anda?