Angkara Waze, menangis tengok kereta baru ini

Share Button

Gara-gara aplikasi Waze, seorang lelaki menanggung rugi teruk apabila kereta Toyota Vios tenggelam dalam banjir di Bachok Kelantan.

Dalam laporan Harian Metro, seorang pemuda 30an bagaimanapun terselamat meskipun Toyota Vios viosnya hampir tenggelam 100%.

Harian Metro melaporkan, saksi kejadian itu, Azri Md Adnan berumur 38, berkata dia berada berdekatan lokasi terbabit apabila kereta dipandu lelaki berbangsa Cina itu hilang kawalan dan dibawa arus hingga tenggelam.

“Nasibnya baik kerana saya dan empat lagi penduduk berada berhampiran dan menyaksikan kejadian. Kami bantunya keluar dan cuba menarik keretanya menggunakan jengkaut.

 

Gambar tular di Internet

“Lebih sejam juga kami ambil masa untuk keluarkan kereta itu yang tenggelam separuh badan,” katanya.

Azri berkata, pemuda itu memberitahu dia berasal dari Pulau Pinang dan ke Bachok untuk menghantar alat ganti motosikal yang ditempah pelanggan.

“Dia beritahu guna aplikasi Waze untuk mencari jalan keluar menghala ke Penang, malangnya aplikasi itu membawanya ke jalan ini yang dinaiki air lebih satu meter.

“Ada juga dia beritahu cuba berpatah balik, namun terlambat apabila arus deras dan memerangkap keretanya. Ketika itu dia berjaya keluarkan diri,” katanya.

Menurutnya lagi, penduduk kampung yang kasihan melihat pemuda itu turut menawarkan bantuan membaiki keretanya di sebuah bengkel di Jelawat selain bantuan lain diperlukannya.

Harian Metro bagaimanapun gagal mencari pemuda itu berikutan difahamkan sudah pulang ke Pulau Pinang.

Apa komen anda?