4 telefon flagship 2017 bawah RM2k, mana satu pilihan hati?

Huawei P10

Huawei P10 memungkinkan anda memperoleh CPU 4 x 2.4GHz + 4 x 1.8GHz. Satu lagi pengeluar pula datang dengan 8 x 2.3GHz. Ok, kemenangan bagi model Korea. Dari segi ROM, keduanya memang sama, anda boleh mendapat 64GB.

P10 boleh datang dengan dwi lensa 20MP+12MP jensi f2.2 tetapi satu lagi model hanya pada lensa tunggal dengan resolusi 12MP (f1.7) yang tidak banyak berubah dari model lama mereka sendiri.

Kamera depan 8MP jenis f1.9 memang menjadikan telefon ini memberikan peluang kepada pengguna untuk berswafoto dengan menghasilkan imej yang cantik ditambah pula ciri Beauty yang ada. Ditambah lagi dengan mod Portrait, pengguna boleh mendapatkan kesan bokeh yang ‘cun’.

Kemudian, Huawei menambah fungsi ‘adaptive’ yang membuka lebih ruang pada bingkai kamera apabila mengesan lebih daripada satu wajah masuk dalam kamera selfie dan ia beroperasi dengan pantas.

Baca mengenai P10 di sini https://theskop.com/2017/05/lihat-huawei-p10-dan-ini-yang-sam-mahu/

Moto Z2 Play

Moto Z2 Play mengekalkan badan besi unibodi, dengan skrin Super AMOLED sebesar 5.5-inci HD Penuh. Tetapi badan yang nipis terpaksa mengorbankan bateri, apabila ia dibekalkan dengan bateri 3,000mAh, berbanding 3,510mAh pada Moto Z Play.

Kuasanya pasti lebih baik, Z2 Play kini dibekalkan pemproses Snapdragon 626, 4GB RAM dan juga 64GB storan dalaman, dengan sokongan kad mikroSD.

Bahagian kamera juga dipertingkat, kini dengan kuasa 12MP f1.7 bersama autofokus dwi-piksel yang pantas, serta sensor besar bersaiz 1.4-mikron. Kamera hadapan pula 5MP f2.2 dengan sesnor 1.4-mikron dan dwi-tona LED Flash.

Baca mengenai Moto Z2 Play di https://theskop.com/2017/07/moto-z2-play-janji-lebih-keseronokan-bersama-moto-mods/

Blackberry KeyONE

Blackberry terkenal dengan tahap keselamatan tinggi hinggalah ke tahap perkakasan itu sendiri menjamin keselamatan data penggunannya dengan mengawal semua komponen yang berkemungkinan digodam oleh pihak yang tak bertanggung jawab untuk mencuri data.

Blackberry KeyONE dengan papan kekunci QWERTY-nya yang unik juga boleh berfungsi sebagai pad sesentuh yang boleh disuaikan pengikut kegunaan.

Ia menjalankan sistem operasi Android 7.1 Nougat sejurus keluar daripada kotak dan digerakkan cip pemproses Snapdragon 625 dengan sokongan RAM 3GB.

Baca mengenai Blackberry KeyONE di https://theskop.com/2017/07/test-produk-blackberry-keyone-papan-kekunci-fizikal-android-lebih-produktif/

Nokia 8

Anda akan menemui cip Qualcomm terhebat masa kini, Snapdragon 835 yang bergandingan bersama RAM seluas 4GB dan storan dalaman 64GB. Jika masih tidak menucukupi, slot mikro-SD masih ada untuk meluaskan storan.

Seperti kebanyakkan flagship 2017, Nokia 8 hadir dengan dua kamera belakang. Kedua-dua kamera menggunakan sensor 13MP F2.0 dengan pembidik fokus laser dan PDAF.

Malah, Nokia dengan bangganya memperkenalkan istilah Bothie, membuat tangkapan gambar, video mahupun Facebook Live menggunakan kamera depan belakang pada masa yang sama.

Baca mengenai mengenai Nokia 8 di https://theskop.com/2017/09/test-produk-nokia-8-perlu-lekas-perbaiki-kekurangan-untuk-berjaya/

 

Pesanan: Senarai harga dipaparkan berdasarkan harga di laman e-dagang 11street

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: