[Test Produk] Xiaomi Mi A1 Raja Middleweight Baru

Intro

Share Button

Kelebihan

Harga yang sangat berbaloi dengan spesifikasi
Ada pemancar IR untuk kawal peralatan elektronik
Pengalaman Android tulen pertama dalam peranti Xiaomi

Kelemahan

Tiada pengecasan pantas
Kapasiti bateri terhad
Apps kamera tak seberapa


Xioami Mi A1 adalah telefon pertama Xiaomi yang dikeluarkan dibawah projek Android One. Ia adalah satu inisiatif daripada Google untuk memberikan pengalaman Android paling tulen kepada penggunanya. Sebelum Android One, pengalaman Android tulen hanya boleh dinikmati pengguna melalui peranti premium seperti siri Nexus dan yang terkini, Pixel.

Maka, melalui projek Android One, pengguna akan menerima sebuah peranti sifar bloatware pada harga yang lebih mampu milik. Berbincang tentang mampu milik, sudah tentu sekali nama Xiaomi yang terpacul.

Xiaomi yang memang sudah terkenal dengan penawaran telefon bajet berprestasi tinggi pada harga yang rendah. Telefon seperti Mi Max 2, dan Redmi Note 4 masing-masing menjadi penanda aras dalam kategori kelas pertengahan. Mana tidaknya, Mi Max 2 dan Redmi Note 4 masing-masing berharga RM1,199 dan RM999 memberikan cabaran hebat pada pengeluar lain semasa ingin meletakkan harga pada produk masing-masing.

Walau bagaimanapun, ada satu faktor yang menghindarkan sesetengah pengguna daripada mendapatkan salah satu daripada telefon itu. MIUI adalah sistem operasi hasil tangan Xiaomi sendiri dan sejak penglibatan mereka dalam dunia telefon pintar, belum ada satu telefon pun yang tidak menggunakan MIUI.

MIUI nyata berbeza daripada Android yang asal dek menerima pelbagai perubahan. Malahan, ramai menganggap MIUI lebih menyerupai iOS jika dilihat pada antara mukanya.

Maka, kehadiran Mi A1 dilihat menyediakan satu lagi pilihan untuk telefon kelas pertengahan yang perlu mereka pertimbankan untuk dimiliki. Adakah Xiaomi Mi A1 akan mencuri lampu sorot yang selama ini terarah kepada Mi Max 2 dan Redmi Note 4? Teruskan membaca artikel ini.


Rupa Paras

Xiaomi Mi A1 adalah Mi 5X yang dilancarkan di China tetapi dijenamakan semula untuk pasaran global serta menerima sistem operasi yang baru.

Telefon ini tidak memiliki bingkai paparan yang nipis seperti kebanyakkan telefon yang dilancarkan tahun 2017. Ia masih memiliki dahi dan dagu yang luas untuk menempatkan komponen-komponen asas seperti butang kapasitif, sensor serta speaker.

Casis alumunium digunakan sebagai tubuh Mi A1. Pada bahagian belakang, anda akan menemui kamera berkembar yang diposisikan pada sudut kiri atas bersama-sama lampu LED flash. Terdapat bonjolan kamera yang agak terdedah kepada calar jika perumah tidak digunakan.

Pengimbas cap jari hadir di bahagian tengah badan dengan kesan lekuk kedalam bagi memudahkan anda merasai dengan jari tanpa perlu melihat.

Bahagian sisi atas telefon ini ada penembak IR manakala bahagian sisi bawah terdapat port pengecas USB-C, speaker, serta port audio.

Balik ke bahagian depan, anda dihidangkan dengan panel LCD berukuran pepenjuru 5.5″ yang memiliki resolusi 1080p.

Xiaomi Mi A1 memiliki rupa fizikal yang biasa. Ia tidak dibangunkan untuk mebawa revolusi baru dalam dunia telefon pintar kerana tugas itu sudahpun digalas oleh Mi5. Sebaliknya, kehadiran Mi A1 adalah sebagai seseorang yang memberi sumbangan walaupun tidak segah orang lain.

Jangan biarkan rupa menipu anda kerana pada papan induk telefon ini terpateri komponen-komponen kelas pertengahan yang utuh dan terbukti kemampuannya. Spesifikasi teknikal Xiaomi Mi A1 adalah seperti berikut:

Halaman Seterusnya: Pengalaman Mengguna

Apa komen anda?