Tahukah anda kos baik pulih iPhone masing-masing? Ini jawapannya

Share Button

Oleh Xavier Naxa

Kurang beberapa jam tadi Apple telah membuka pra tempahan iPhone X dimana sambutan bagi peranti terbaru ini luar biasa baik.

Walaupun ramai yang menunggu penjualan iPhone X. Namun, tahukah anda berapakah kos yang akan ditanggung oleh anda setelah tamat jaminan atau kerosakan disebabkan kecuaian anda.

Hari ini Apple telah menerbitkan kos bagi baikpulih iPhone X dimana kos bagi pegantian skrin adalah sekitar USD279 dan USD549 bagi lain-lain kerosakan.

Jika dilihat, kos bagi baikpulih iPhone X hampir dua kali ganda dari kos baikpulih bagi iPhone 8.

Untuk makluman, kos yang saya nyatakan ini merupakan kos yang dibuat oleh pihak Apple.

Secara teori saya menjangkakan kebanjiran alat ganti iPhone X yang tiruan hasil dari pembuatan dari negara tembok besar.

Tuntasnya, jagalah iPhone anda sebaik-baiknya. Tapi jika ia rosak atas sebab kecuaian anda. Itulah kos yang bakal anda tanggung.

Bab kata pepatah “alah membeli menang memakai”

SEKADAR PANDANGAN

Follow saya di Twitter @xaviernaxa

Apa komen anda?