Shopee Mall Bayar Ganti Rugi Dua Kali Ganda Jika Anda Terima Barang Ciplak

Shopee kini bersedia untuk menggempur kubu Lazada apabila telah melancarkan Shopee Mall untuk pengguna Malaysia pada hari ini. Tetapi, apakah bezanya Shopee Mall dengan Shopee sedia ada?

Shopee Mall menyediakan ruang digital untuk jenama terkemuka mengedarkan barangan mereka melalui platform Shopee. Tiga kelebihan jika anda membeli daripada Shopee Mall adalah:

  1. Ketulenan terjamin atau Shopee akan membayar ganti rugi sehingga dua kali ganda daripada kerugian anda.
  2. Penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM30 ke seluruh negara.
  3. Jika terdapat masalah dengan produk yang diterima, Shopee bersedia mengambil semula barang itu dan segala kos akan ditanggung pihak mereka.

Untuk menikmati ketiga-tiga kemudahan tersebut, pastikan anda berbelanja di kedai yang ada tanda “Mall” atau lebih mudah, saring hasil carian untuk memaparkan barang daripada Shopee Mall saja.

Bermula 3 Oktober hingga 8 Oktober, Shopee Mall menjalankan tawaran eksklusif bersama beberapa jenama terkemuka Malaysia seperti Watsons, Nestle, Senheng, Unilever, Philips, Caring, Courts, dan banyak lagi. Dalam tawaran itu, anda berpeluang menerima diskaun sehingga 90% untuk produk yang terlibat.

Apa tunggu lagi? Jom shopping di Shopee Mall!

%d bloggers like this: