Satu lagi Zenfone 4 Selfie Pro dan sign Gong Yoo boleh jadi milik anda

Sudah beberapa pusingan ASUS memberikan telefon pintar selfie terbaik mereka, ASUS Zenfone 4 Selfie Pro kepada peminat di Malaysia. Tetapi kali ini mungkin lebih baik lagi kerana ASUS Malaysia menawarkan telefon pintar yang sama, dengan tandatangan duta ASUS, Gong Yoo padanya.

Gong Yoo telah terpilih sebagai duta ASUS Zenfone 4 dan diperkenalkan kepada orang ramai semasa majlis pelancaran di Taiwan. Pelakon superstar ini berasal dari Korea, telah membintangi banyak filem dan drama yang diminati ramai seperti Train to Busan dan juga Goblin.

Pertandingan ini akan dijalankan dari 5 hingga 22 Oktober 2017. ASUS menyediakan hadiah utama berupa 1 unit ZenFone 4 Selfie Pro bertandatangan Gong Yoo serta 20 unit cenderahati Zenfone 4 Gong Yoo. Nama pemenang pula akan diumumkan pada 25 Oktober 2017.

Tandatangan Gong Yoo di Zenfone 4 Selfie Pro

Untuk menyertai pertandingan ini, langkah paling penting adalah berswafoto dengan mana-mana gambar Gong Yoo yang terdapat di kedai ASUS. Langkah penuhnya adalah seperti berikut:

  1. Follow atau ikuti ASUS Malaysia di Facebook dan Instagram.
  2. Lawati mana-mana pengedar sah ASUS di seluruh Malaysia (senarai penuh di sini).
  3. Berswafoto dengan mana-mana gambar Gong Yoo dan Zenfone 4 di kedai tersebut.
  4. Beritahu ASUS fungsi apa paling anda gemari di Zenfone 4 Selfie/Selfie Pro dan mengapa.
  5. Muat naik ke FB dan/atau Instagram anda bersama tanda pagar ini – #SelfiewithGongYoo and #ZenFone4SelfieMY.

Ingat, tarikh tutup pertandingan adalah pada 22 Oktober 2017. Jangan lupa juga tanda pagar yang perlu dalam status muat naik tu nanti. Pastikan juga status tersebut ditetapkan Public.

Maklumat lanjut pertandingan ini boleh diperolehi di laman Facebook ASUS Malaysia.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: