Samsung Hasilkan Komputer Khas Untuk Sokong Windows MR

Microsoft telah melancarkan satu produk baru yang dikenali sebagai Windows Mixed Reality (MR). Pelbagai pengeluar sudahpun mengumumkan akan menghasilkan head mounted display (HMD) untuk menyokong Windows MR dan salah seorang daripadanya adalah Samsung.

Samsung HMD Odyssey akan memberikan pengalaman MR yang premium baik daripada segi kualiti visual mahupun kuliti audio yang ditawarkannya.

Set kepala Samsung ini menggunakan 2 panel AMOLED pada kedua belah mata dan jumlah piksel yang dimiliki mereka adalah 1,440 x 1600. Untuk bahagian audio pula, sepasang speaker AKG yang menyokong buyi spatial serta beberapa mikrofon hadir untuk melontarkan bunyi serta menerima arahan suara daripada si pemakai.

Bezanya set kepala Windows MR adalah ia tidak memerlukan sensor pergerakkan seperti yang diperlukan set VR misalnya dari Oculus dan HTC. Ia kerana Samsung HMD Odyssey sudahpun mempunyai kamera pengesan pada badannya.

Bukan itu saja, ia turut mempunyai sensor Six Degrees of Freedom (6 DOF) yang mengesan pergerakkan jauh lebih jitu berbanding set VR.

Samsung HMD Odyssey akan dibuka tempahannya di A.S. bermula 3 November ini.

Nampak gayanya, simulation hypothesis yang disokong oleh cendekiawan seperti Nick Bostrom, Elon Musk, dan Neil DeGrasse Tyson selangkah kearah gerbang realiti. Tonton demonstrasi Windows MR untuk maklumat lanjut.

[Sumber: Samsung]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: