Salah Satu Flagship 2016 Terima Diskaun RM1,000

Motorola adalah jenama telefon yang sering diberi perhatian jika anda inginkan pengalaman Android tulen dalam telefon selain Nexus/Pixel. Salah satu telefon mereka, Moto Z yang dilancarkan Oktober tahun lepas, telah menerima potongan harga sebanyak RM1,000 daripada DirectD jika anda tukar beli apa-apa telefon.

MOTO SPECIAL DEAL ONLY @DirectD!

• MOTO Z – RM2699,Trade-in any working or non working condition phone and enjoy a cash…

Posted by DirectD on Sunday, October 1, 2017

Bukan itu saja, selain menerima potongan harga RM1,000, anda juga menerima jaminan setahun serta tambahan setahun lagi melalaui ADP selama dua tahun yang bernilai RM448.

Moto Z adalah sebuah telefon flagship 2016 dengan spesifikasi setara OnePlus 3, Mi 5, dan Samsung Galaxy S7 edge. Ia menggunakan cip Snapdragon 820 yang digandingkan bersama RAM 4GB dan ROM 64GB. Pada bahagian panel paparan, anda disajikan dengan paparan AMOLED Quad HD sebesar 5.5″.

Pada komponen optikal, anda akan menemui kamera utama 13MP F1.8 dengan OIS, autofokus laser. Kamera selfie pula sekuasa 5MP F2.2.

Salah satu kelebihan Moto Z berbanding telefon yang lain adalah kehadiran Moto Mods. Moto Mods adalah projek Motorola yang menyediakan pin khas pada bahagian belakang untuk menambat aksesori tambahan yang memberikan pelbagai fungsi.

Anda boleh meletakkan bateri, speaker, ataupun modul kamera Hasselblad untuk digunakan bersama telefon.

Kekurangan ketara pada Moto Z adalah kapasiti baterinya yang terhad iaitu 2,600mAh tetapi ia boleh dicas pantas melalui USB-C. Selain itu, tiada jek audio disediakan dan anda perlu menggunakan headfon USB-C untuk mendengar audio secara peribadi.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: