RX0 Adalah Hibrid Sony RX100 Dengan GoPro Hero 6

Salah satu lonjakkan saujana dalam industri pengimejan adalah penghasilan sensor CMOS trilapis oleh Sony. Ia membolehkan video gerak superperlahan sehingga 1000fps diambil. Memanfaatkan teknologi itu, Sony meletakkan teknologi sensor itu dalam tiga produk yang berbeza iaitu:

  • Sony RX0
  • Sony RX10 IV
  • Sony AX700

Semuanya produk itu memiliki sensor bersaiz 1″ tetapi berbeza pada beberapa spesifikasi untuk disuaikan dengan penggunaan masing-masing.


Sony RX0

RX0 adalah watak utama dalam ketiga-tiga produk yang diperkenalkan oleh Sony pada hari ini. Sony tidak mengkelaskan RX0 dalam kategori kamera aksi kerana mereka sudahpun ada FDR-X3000R.

Sebaliknya, Sony memperkenalkan RX0 sebagai sebuah kamera digital ultrakompak. Sejurus cuba menangkap gambar, keunikkan RX0 berbanding kamera aksi seperto GoPro Hero jelas kelihatan.

Kamera kerdil ini miliki autofokus, sama seperti sebuah kamera point-and-shoot RX100 V.

Sungguhpun berbadil kerdil, sensor 1″ yang dimilikinya jauh lebih besar berbanding kamera yang bersaiz sama dengannya. Sensor 1″ beresolusi 15.3MP menggalas tugas merakam dibantu oleh lensa 24mm F4.

Seperti disuntik muntah jembalang, RX0 kebal seperti Badang. Ia kalis air sehingga 10 meter, kalis gegaran, dan mampu menanggung beban sehingga 200kg tanpa pecah.

Pada kemampuan videografi pula, kemampuan rakaman video sehingga 1000 fps adalah satu ciri yang unik. Ia boleh merakam dalam piawiaan S-Log2 untuk memberikan lebih ruang suntingan kepada pengguna.

Untuk menjadi lebih versatil, RX0 boleh dipadankan dengan pelbagai aksesori berbantung pada situasi penggunaan.

RX0 dijual pada harga RM3,199.


Sony RX10 IV

RX10 IV boleh diletakkan dalam kategori bridge camera. Ia adalah sebuah point-and-shoot yang memiliki badan dan fungsi seperti DSLR.

Ia dilengkapi dengan sistem autofokus superpantas yang mampu membidik tepat titik fokus selaju 0.03 saat. Hal itu dimungkinkan dengan kehadiran 315 titik fokus PDAF yang meliputi 65% kawasan sensor.

Gandingan itu memberikan kuasa menangkap gambar selanjar sehingga 24fps walaupun fungsi autofokus dihidupkan.

Pada bahagian optik, ia dilengkapi lensa yang mencakupi julat fokal 24-600mm dengan apertur tak malar antara F2.4-F4.0. Kamera ini amat sesuai untuk menangkap gambar hidupan liar dan juga aksi sukan dari jarak jauh.

RX10 IV mampu menangkap gambar pegun beresolusi 20MP dan juga video 4K dan juga video superperlahan sehingga 1000fps pada resolusi HD penuh.

Sony RX10 IV dijual pada harga RM7,999.


Sony AX700

AX700 adalah sebuah perakam video (Handycam). Ia mampu merakam video 4K HDR mengikut piawaian Hybrid Log-Gamma (HLG) menggunakan sensor 1″-nya.

Sebanyak 273 titik fokus pengesan fasa (PDAF) tersebar meliputi hampir 84% sensor memberikan keupayaan menjejak fokus yang amat cemerlang. Sungguhpun anda menjejak subjek yang bergerak pantas, kamera ini mampu mengendalikan tugas membidik dengan jayanya.

Lensa dengan pegezuman optikal sebanyak 12 kali mampu menjangkau julat zum daripada 29mm hingga 348mm dengan bukaan apertur antara F2.8 hingga F4.5.

Pada kemampuan merakam video, ia merakam sehingga 4K 30p dan sepantas 1000fps pada 720p.

Sony AX700 dijual pada harga RM7,299.


Ketiga-tiga produk yang dilancarkan ini akan mula dijual awal November 2017 dan anda boleh mula membuat tempahan di kedai Sony berhampiran anda. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut:

%d bloggers like this: