Ramai cakap mahal tapi hakikatnya iPhone X

Share Button

Oleh Xavier Naxa

 

Jika anda menantikan model yang dianggap antara perintis kepada iPhone masa depan, nampaknya kebarangkalian untuk mendapatkanya adalah amat sukar sekali.

Umum mengetahui bahawa pengeluaran iPhone X amat terhad buat masa ini disebabkan beberapa masalah pada pemasangan komponen yang berkaitan dengan teknologi FaceID.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Macrumors, pra-tempahan iPhone X telah habis ditempah hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Berdasarkan status penghantaran iPhone X, nampaknya Apple telah menaikkan tempoh penghantaran sehingga 5-6 minggu.

Dengan keadaan sedemikian, nampaknya peluang untuk pengguna mendapatkan produk tersebut pada 4 November 2017 (waktu Malaysia) di gedung jualan Apple adalah tipis.

Belum dapat dipastikan berapa stok yang masih ada untuk Apple membuka jualan pada hari pertama.

Namun, dengan keadaan seperti ini ia akan menyuburkan kembali tred beratur di gedung untuk menjadi salah seorang pengguna yang bernasib baik.

Harga jualan iPhone X adalah bermula sekitar USD999.00. Belum dapat dipastikan bilakah ia akan dijual di Malaysia.

Namun, melihat keadaan sekarang besar kemungkinan ia akan berada di Malaysia sekitar awal tahun 2018 kelak.

iPhone X merupakan telefon pintar paling hebat pernah Apple hasilkan. Pengeluaran iPhone X bukan untuk meraikan ulang tahun iPhone seperti yang digembar gemborkan sebelum ini.

Namun sebagai perintis kepada teknologi yang akan digunakan pada model akan datang.

Kali terakhir Apple benar-benar menghasilkan produk terbaik adalah iPhone 6. Tidak hairanlah sehingga kini jualan iPhone 6 masih belum dapat dipintas oleh telefon pintar lain.

Tapi kali ini, iPhone X akan menjadi taruhan baru bagi Apple. Jika Apple berjaya, potensi mereka untuk menjadi syarikat pertama di dunia yang mencapai pasaran modal mencecah satu trillion dollar akan tercapai.

Setakat hari ini, saham Apple diniagakan sekitar 157.41 naik 0.64%. Manakala pasaran modal telah mencecah USD813.06 billion.

SEKADAR PANDANGAN

Follow saya di Twitter @xaviernaxa

Comments

Apa komen anda?