Pengguna WhatsApp boleh ‘delete’ mesej, tiada lagi pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak ‘send’ naya!

Share Button

Ciri ‘delete/recall’ mesej WhatsApp menjadi buah mulut dan dikatakan antara maklum balas diperlukan pengguna aplikasi tersebut di seluruh dunia.

Kini, jika anda pengguna iOS, anda boleh merealisasikan impian tersebut dengan ciri dinamakan ‘Delete for Everyone’ yang telah mula diancarkan kepada pengguna Apple.

Pengguna Android dan Windows Phone di Malaysia pula perlu menunggu di Malaysia namun tidak lama.

Ia juga berfungsi pada versi Web.

Screenshot pengguna @Ohadalaa

Cara menggunakan ‘Delete for Everyone’ WhatsApp sangat mudah. Hanya klik pada ikon bakul sampah di atas dan anda akan memperoleh pilihan ‘Delete for Everyone’ atau ‘Delete for Me’ jika mereka hanya mahu memadamkan mesej dari telefon mereka.

Perlu diingatkan, ciri ini hanya akan berfungsi untuk kedua-dua pihak jika pengirim dan penerima menggunakan versi WhatsApp terkini dan keduanya adalah pengguna iPhone.

Ia berfungsi untuk semua jenis mesej termasuk teks, imej, video, GIF, mesej suara, kenalan, fail, lokasi dan status pada WhatsApp.

Namun, ia hanya boleh dilakukan untuk mesej yang sudah dihantar dalam tempoh tujuh minit ke bawah saja. Jika lebih, maka ia kekal menjadi bacaan sampai bila-bila!

Mesej yang dipadamkan akan memaparkan teks “”This message was deleted”. Bagi mereka yang tidak menyedarinya, ciri menarik ini telah tersedia dalam aplikasi sembang popular lain seperti Telegram dan Viber.

WhatsApp kini mempunyai satu bilion pengguna di dunia dan Malaysia antara pengguna aktif.

Apa komen anda?