The Pantheon arena eSukan terbesar di Malaysia

Share Button

Kini peminat eSukan di Malaysia boleh menikmati perkhidmatan 5 bintang bertaraf antarabangsa dengan pelancaran The Pantheon, arena eSukan pertama di Malaysia yang menerima taraf Platinum untuk NVIDIA GeForce GTX iCafe. Bukan calang-calang The Pantheon ni.

Kita pasti sudah biasa dengan nama kafe siber atau CC. Tetapi apa yang terdapat di The Pantheon adalah jauh lebih besar.

Ini kerana ia menyediakan pengalaman permainan komputer premium melalui 116 buah komputer berkuasa tinggi, auditorium untuk arena perlawanan eSukan, serta zon pengalaman permainan lain seperti realiti maya (VR), simulasi perlumbaan, PlayStation 4 dan banyak lagi.

The Pantheon terletak di One City, Subang Jaya. Ia memiliki ruang seluas lebih 10,000 kaki persegi memuatkan pelbagai zon permainan. Di antaranya komputer buatan sendiri dilengkapi kad grafik GTX1060 atau ke atas, bersama skrin 27-inci yang menyokong G-SYNC.

Terdapat pelbagai jenama perkakas dan aksesori komputer seperti tetikus, papankekunci, set kepala serta kerusi terdapat di sini. Senarai penuh jenama yang terdapat di The Pantheon adalah seperti berikut:

Lebih menarik lagi, The Pantheon turut menyediakan bilik komputer premium, yang menyediakan komputer khas dari satu jenama sahaja. Bilik premium yang terdapat di sini adalah Alienware, Legion by Lenovo, MSI, Omen by HP, Predator, dan Republic of Gamers.

Kadar yang dikenakan untuk zon pengalaman yang terdapat di The Pantheon pula adalah seperti berikut:

  • Zon Komputer – RM5 sejam
  • Zon Komputer Premium – RM7 sejam
  • Zon Simulasi perlumbaan – RM30 sejam
  • Zon Realiti Maya (VR) – RM50 bagi 30 minit
  • Zon Playstation 4 – percuma untuk ahli komuniti yang membuat pembelian makanan dan minum melebihi RM5

Zon yang paling menarik di The Pantheon adalah Auditorium Arena eSukan. Ibarat sebuah zon pertarungan zaman Rom, ia menyediakan kerusi penonton dalam bentuk bulatan, lengkap dengan bilik pasukan, bilik pengulas, bilik video serta bilik menunggu.

Tidak syak lagi, ia boleh menjadi lokasi pertandingan eSukan bertaraf antarabangsa. Ini kerana ia telah pun menjadi hos untuk pusingan kelayakan Celcom The Major League serta NVIDIA GEFORCE Esports eXtreme Tournament (GEXT).

Bagi memastikan imej positif kepada permainan komputer dan eSukan, The Pantheon hanya menyediakan servis untuk mereka yang berumur 12 tahun dan ke atas sahaja. Mereka yang berumur di bawah 12 tahun, perlukan kebenaran penjaga dan hanya dibenarkan hingga jam 10 malam sahaja. Pelajar yang memakai uniform pula tidak dibenarkan masuk. Waktu operasi The Pantheon pula dari jam 11 pagi hingga 12 malam.

Apa komen anda?