Najib Razak baru bentang Bajet 2018, ini intipati ICT

Share Button

Pasaran dunia sekarang yang kompetitif menjurus kepada keperluan untuk memperbaharui kitaran teknologi dengan lebih pantas.

Oleh yang demikian, syarikat global ini perlu mengurangkan kebergantungan kepada modal insan dan mengaplikasikan kepintaran tiruan bagi mengambil alih sebahagian tugasan manusia.

Fenomena inilah yang kini dikenali sebagai revolusi Perindustrian 4.0.

Sejak diperkenalkan di Jerman pada 2011, istilah Industri 4.0 terus menjadi perdebatan hangat di antara industri, cendekiawan serta ahli akademik.

Anda boleh bayangkan, sebahagian kerja yang ada pada hari ini akan pupus. Industri 4.0 bermakna evolusi digital dalam proses pengilangan yang disepadukan dengan pengesan termaju, komunikasi mesin-ke-mesin, percetakan 3D, robotik, kecerdasan pintar, analisis data besar dan teknologi perkomputeran awan.

Ia juga dikenali Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang turut berada dalam intipati Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara yang disebut, sempena (IR4.0), Kerajaan akan menyediakan geran sepadan sebanyak RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.

Selanjutnya, Futurise Centre di Cyberjaya akan diperkukuhkan sebagai pusat sehenti syarikat korporat dan universiti, untuk membangunkan prototype produk serta melonjakkan daya inovasi.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan akan melanjutkan tempoh insentif Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200 peratus ke atas kelengkapan automasi dari tahun taksiran 2018 sehingga 2020.

Selain itu, galakan Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200 peratus, untuk sektor pengilangan dan perkhidmatan berkaitan pengilangan.

Malah, elaun modal bagi peralatan ICT termasuk perbelanjaan pembangunan perisian komputer juga layak dituntut sepenuhnya mulai tahun taksiran 2018 hingga 2020.

Selain IR4.0, Kerajaan juga menyentuk soal ICT dengan menyediakan RM5 bilion di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau, bagi menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau.

Berbalik kepada hal ekonomi digital, Malaysia bakal memiliki Digital Free Trade Zone yang

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) juga terus memperoleh tugas apabial RM100 juta untuk memperluas Program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawahnya.

Apa komen anda?