Lelaki ini melawat Munich dengan Huawei Nova 2i, hasilnya mengejutkan

Share Button

 

Jika hasrat anda mahu memasang hingga empat isteri atau teman wanita, ia mungkin mengundang penampar yang lebih dahsyat daripada Thor.

Tapi, isteri atau teman anda pasti gembira jika anda memilih Nova 2i yang ada empat….Ya, empat kamera!

Bayangkan, apa yang anda peroleh dengan Nova 2i ini memang seakan tidak berbaloi dengan harganya. Agak-agak berapa? RM3,000 atau RM2,000 ke atas? Anda mungkin menekanya salah.

Datang dengan tiga warna iaitu hitam, emas dan biru, Nova 2i kini dijual di pusat jualan Huawei seluruh negara pada harga RM1,299. Murah bukan?

Kenapa harganya, berbaloi? Dwi kamera di depan dilengkapi flash mampu memberikan kesan bokeh yang sebelum ini hanya dimiliki kamera utama telefon pintar biasa. Kemudian, lampu flashnya boleh ditetapkan sekaligus menjadi yang pertama di dunia mampu berbuat demikian.

Kamera belakangnya mempunyai resolusi 16 dan 2 megapiksel dengan saiz piksel 1.75um menghasilkan foto yang jelas. Kamera Nova 2i untuk depan dan belakang mampu merakam imej yang jelas tidak kira pada mana-mana persekitaran selain kualiti imejnya seakan-akan menggunakan kamera DSLR.

Kalau tidak percaya, baru-baru ini, Sam berada di Munich, Jerman dan saksikan gambar dirakam, semuanya hanya dengan mod default. Maksudnya terus guna ya!

Oh ya, selain anda melihat gambar-gambar ini, Sam turut bagi sedikit tip ringkas ketika merakam menjadikan gambar lebih cantik.

 

1.      Rakaman dua kali zum. Gambar menegak ketika waktu tengahari. Anda perlu pastikan pokok tersebut masuk dalam frame saja

2.      Ketika ini, Sam baru selesai sarapan. Buka tingkap hotel dan lintang kamera. Sam pastikan ciri arkitektur berada di tengah.

3.      Tengah kota Munich berhampiran stesen keretapi utama Munich. Sam tunduk sedikit dan halakan fon 90 darjah ke depan untuk dapatkan gambar rel trem ini.

4.      Menara telekomunikasi berhampira Olympiapark di Munich. Jika anda nampak gambar menara, selain masukkan gambar tegak. Pilih separuh bahagian atas menara di sebelah kiri dan ambil gambar pokok di sebelah kanan. Gambar ini jika anda mahukan dua atau tiga objek masuk dalam frame.

5.      Lorong berhampiran pesta Oktoberfest. Anda perlu berdiri di tengah dan tegakkan saja kanera. Dengan Nova 2i, mudah.

6.      Bangunan lama di Marienplatz iaitu betul-betul di tengah kota Munich. Pemandangan cantik begini yang perlu dipilih sebagai subjek.

7.      Satu lagi rakaman bangunan lama di Marienplatz. Tempat tumpuan pelancong. Hanya dongak dan terus buka shutter kamera. Huawei Nova 2i boleh merakam dengan jelas.

8.      Gambar makanan. Terus saja merakam tanpa perlu pilih mana-mana aplikasi lain. Pada mod default pun dah cantik.

9.      Swafoto sedikit. Cuba dapatkan swafoto yang berlainan dan bukan wajah itik semata-mata.

10.   Sengaja Sam pilih gambar ini. Ia boleh menjadi objek menarik dan banyak terdapat di Munich.

11.  Rakam bayang-bayang sendiri. Anda boleh lakukan ketika matahari tegak di kepala.

12.  Sudut geometri ketika merakam. Kalau boleh perlihat bentuk ‘V’.

13.  Objek di tengah. Kalau pemilihan patung berwarna putih, ia sesuai diserasikan dengan objek warna biru atau hijau di belakang.

14.  Sekali lagi, gambar bangunan berbentuk L tapi pada sudut pandangan kita, ia boleh menjadi V.

15.  Seimbang antara awan dan bangunan. Di Malaysia pun boleh dapat pemandangan sama (Sam pernah cuba di Melaka).

16.   Orang kata, gambar begini macam ‘hipster’.

17.  Ketika mengunjungi Muzium BMW yang terletak Munich. Maklumlah, ibu pejabat katakan! Nova 2i hebat merakam meskipun pada pencahayaan kurang.

18.  Model kereta klasik BMW yang hebat, cuba anda teka apakah model kereta ini?

19.  Beginilah bentuk bangunan dirakam Nova 2i di bahagian luar.

20.  Gambar malam Marienplatz. Sam berpuas hati kerana tiada ‘noise’ yang ketara.

21.  Pastikan anda sentiasa berada di tengah untuk mendapatkan gambar terutama jika ia bangunan lama yang penuh bersejarah.

Skrinnya yang dikategorikan sebagai FullView juga iaitu bersaiz 5.93 inci memang besar untuk dijadikan pusat tontonan kepada mana-mana kandungan. Misalnya mahu menonton video atau bermain game dengan kepuasan yang sangat maksimum.

Jika anda berhasrat membelinya, Nova 2i yang berharga hanya RM1,299 ini boleh diperoleh di semua Huawei Experience Store, Display Zone dan juga laman e-dagang Vmall iaitu https://www.vmall.my/huawei-nova-2i

Apa komen anda?