[KLACSW] Lebih banyak peranti IoT berhubung lebih luas kemungkinan termasuk jenayah

Kaspersky Labs, salah satu firma keselamatan siber terunggul di Malaysia telah membentangkan laporan tentang usaha mereka menyelamatkan dunia, dalam persidangan tahunan mereka, Cyber Security Weekend. Fokus kali ini tertumpu kepada Cyber Espionage atau pengintipan siber.

Jenayah siber masa kini tidak lagi menumpukan serangan secara terus, tetapi dengan mempergunakan maklumat yang dikumpulkan menerusi pengintipan siber. Apatah lagi di zaman IoT, semakin banyak benda sudah boleh berhubung ke internet.

Jumlah penduduk di dunia sekarang dikatakan sekitar 7.6 bilion. Tetapi peranti IoT adalah lebih banyak, dicatatkan sebanyak 9.5 bilion unit pada tahun 2015.

Pernah dilaporkan, komputer sebuah syarikat diceroboh melalui mesin pembuat kopi yang boleh bersambung ke internet. Jika difikirkan, memang sangat menakutkan apatah lagi dengan kemunculan pelbagai filem yang memaparkan betapa hebatnya penjenayah siber, menguasai dunia dengan kuasa digital.

Dengan berkembangnya kecanggihan penjenayah, turut menjadikan keselamatan siber semakin canggih. Selain menggunakan kata laluan, penggunaan keselamatan biometrik seperti pengimbas mata, capjari, muka dan sebagainya.

Jadi masih ada harapan untuk mengekalkan keselamatan dunia. Tetapi ia memerlukan kerjasama semua pihak, atas pihak pengurusan syarikat, hingga ke pekerja bawahan serta pengguna di rumah. Dapatkan nasihat mereka yang pakar, terutama sebelum terjadinya kejadian yang tidak diingini.

Satu langkah awal yang boleh dilakukan, adalah dengan menggunakan perisian antivirus yang diyakini, seperti Kaspersky yang boleh didapati secara percuma. Jika berminat, muat turun Kaspersky Anti-Virus di sini. Kemudian, amalkan gaya hidup internet yang sihat, jangan klik sebarangan.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: