Jika Petroleum Adalah Emas Hitam, Data Adalah Emas Digital

Share Button

Tahukah anda bahawa hampir 90% syarikat gergasi dalam senarai tahunan Fortune 500 yang pertama diterbitkan pada 1995 sudah terkeluar daripada senarai itu? Jika dulu senarai itu didominasi nama-nama besar dalam sektor minyak dan gas, automobil, logistik serta sektor makanan, tahun 2017 ia didominasi oleh syarikat berasaskan perisian seperti Apple, Alphabet, Microsoft, Amazon dan facebook.

Microsoft merujuk fenomena ini sebagai “revolusi industri baru”, bukan dengan pertambahan mesin-mesin besi, tetapi penghijarahan ke industri digital khususnya pengkomputeran awan. Microsoft Azure dan Azure Stack adalah dua produk penyelesaian yang diperkenalkan Microsoft untuk pasaran Malaysia khas untuk menyimpan data di awan.

“Data” kini dianggap sebagai emas digital kerana ia amat berharga. Menggunakan data, kita boleh melakukan ekstrapolasi bagi meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Bukan saja menyimpan, Azure juga mampu menganalisis data tersebut menggunakan kuasa pengkomputeran yang ada pada pusat-pusat data kelolaan Microsoft. Ia secara langsung mengelakkan pengguna daripada berbelanja besar semata-mata untuk menyediakan infrastruktur fizikal bagi menganalisis data yang ada.

Di Malaysia, salah satu daripada syarikat yang menggunakan khidmat Azure adalah Doctor2u.my. Ia adalah satu perisian yang dihasilkan untuk iOS dan Android. Melalui apps ini, anda boleh menguruskan hal-hal kesihatan terus melalui telefon.

Anda boleh membeli ubat, memanggil doktor, ambulans, malah berbincang dengan doktor secara dalam talian untuk merujuk masalah kesihatan anda. Semua ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa penggunaan platform Azure untuk menjadi server kepada perkhidmatan ini.

Kalau anda nak tahu, Xiaomi Mi Cloud yang menyediakan ruang storan awan untuk pengguna produknya turut menerima manfaat penggunaan perkhidmatan Azure.

Sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam menguruskan pertumbuhan digital ekonomi negara kita, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) melihat Azure sebagai platform yang kritikal dalam memperkasa perniagaan.

Apa komen anda?