Huawei Mate10, Mate10 Pro Masuk Malaysia Pada Harga…

Share Button

Kamera telefon lebih cantik, kesan bokeh lebih dalam serta rekaan cantik elegen. Itulah yang ada pada HUAWEI Mate 10 dan Mate 10 Pro. Tidak cukup dengan itu, Mate10 Pro berkelebihan IP67 yang kalis air dan debu.

Ciri penting yang Sam lihat pada fon baru ini adalah operasinya yang pantas bermula dengan mengimbas cap jari hingga menukar satu app ke app lain dengan pantas. Semuanya hasil kehadiran cip pemproses secemerlang Kirin 970 dan penggunaan antara muka EMUI 8.0.

Meneruskan kerjasama dengan Leica, ia mempunyai kapasiti bateri 4000mAh dan mampu bertahan sehari suntuk untuk penggunaan aktif. Mate 10 mempunyai RAM 4GB dengan storan 64GB manakala Mate Pro pula datang bersama RAM 6GB serta storan 128GB.

Kamera dwilensa Leica jenis SUMMILUX-H mempunyai apertur f/1.6 dan ciri bokeh baru yang menghasilkan imej cantik.

HUAWEI Mate 10 mempunyai saiz skrin 5.9 inci manakala Mate 10 Pro, 6 inci yang mana masing-masing hadir dengan paparan FullView yang mana skrin-ke-badan Lebih besar diperoleh.

Warna ditawarkan Mate10 Pro termasuk coklat, hitam, emas dan emas merah jambu manakala Mate10 mempunyai pilihan warna biru, kelabu, coklat serta emas merah jambu.

Mate 10 dan Mate 10 Pro masing-masing dijual di Malaysia pada harga RM2,699 dan RM3,199. Mate 10 akan dijual dulu bermula minggu depan dengan pra tempahan pada 19 hingga 22 Oktober manakala Mate 10 pada pertengahan November.

 

 

 

Apa komen anda?