Grab Better 365 mahu ambil berat kemaslahatan pemandu

Share Button

Kempen Better 365 hari ini dilancarkan oleh Grab, untuk memberikan bukan sahaja kemudahan kepada rakan pemandu, malah meningkatkan lagi pendapatan mereka.

Pemandu yang gembira akan menjadikan penumpang lebih gembira. Ia pastinya dapat membantu meningkatkan pendapatan buat rakan pemandu dan Grab.

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata, “Grab sentiasa mengutamakan kebajikan rakan pemandu, di samping menyediakan penyelesaian pengangkutan terbaik kepada penumpang. Kami mahu memastikan rakan pemandu mendapat pulangan berbaloi dan meningkatkan pendapatan, dengan perkakas yang tepat dan memudahkan tugas.”

Perkara baru yang diperkenalkan Grab buat rakan pemandu adalah seperti penilaian perjalanan, di mana pemandu boleh memberi maklumbalas mengenai perjalanan dan penumpang. Ia bertujuan meninggkatkan keselamatan dan pengalaman rakan pemandu Grab.

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh

Rakan pemandu kini boleh menikmati lebih ganjaran menerusi program kesetiaan GrabAllStars. Grab bekerjasama dengan pelbagai jenama seperti Petronas, Tesco, Celcom, Texas Chicken, Poliklinik Lourdes, Maxx ‘N Go serta Shopee, di mana pemandu boleh mendapat diskaun dan tawaran istimewa.

Grab juga menyediakan perkakas layan diri dalam aplikasi untuk pemandu menguruskan akaun mereka dan mendapatkan jawapan bagi soalan lazim, tanpa perlu menghubungi talian sokongan Grab.

Di masa akan datang, Grab berusaha untuk membawakan lebih banyak perkara baru, antaranya pembayaran insentif harian, pengurusan insentif di dalam aplikasi, serta video latihan dan cara meningkatkan pendapatan.

Apa komen anda?