Cuba cabar Xiaomi, adakah model telefon ini mampu berjaya?

Share Button

 

Selepas Xiaomi melancarkan Mi A1, ramai bercakap di internet tentang kehebatan spesifikasi fon tersebut pada harga mampu milik.

Semalam, TheSkop berkesempatan membelek sebuah telefon yang dikatakan pencabar paling dekat edengan Xiaomi Mi A1 iaitu Moto G5s Plus yang mempunyai dwi kamera 13 megapiksel bagi RGB+mono.

Satu kelebihan yang jelas ditonjolkan termasuk keupayaan gambar hitam putih atau monokrom yang terperinci namun paling mencuri tumpuan adalah ciri default yang mana anda boleh menyunting gambar sendiri kemudian ditampal ke gambar lain dengan mudah.

Misalnya, anda menyalin gambar sendiri dengan hanya satu klik kemudian tampalkannya ke gambar lain seperti gambar berlatar belakangkan Eiffel Tower di Paris dan sebagainya. Langkah mudah ini mengambil masa kurang 10 saat.

Tetapan bokeh juga dilakukan ketika merakam foto atau pasca rakaman di mana anda boleh mengaburkan latar belakang mengikut kesesuaian sehingga lima fasa.

Moto G5s Plus mempunyai skrin Full HD 5.5-inci yang dikuasakan prosesor Qualcomm Snapdragon 625 dan RAM 4GB.

Jika membelinya, anda akan memperoleh kadar setoran 32GB dan beroperasi pada Android 7.1.1.

Tempoh mengecas bateri juga pantas. Hanya selama 15 minit, fon sudah boleh beroperasi sehingga 6 jam.

Moto G5s Plus akan dijual pada harga RM999 dan mula dijual sekarang.

Apa komen anda?