Buffet Filem Dan Rancangan TV Di IFlix Kini Lebih Meriah

Perkhidmatan penstriman video Internet yang berpengkalan di Malaysia, iflix, terus mengukuhkan cengkaman mereka dalam pasaran Malaysia apabila mengumumkan pertambahan kandungan baru dalam dan luar negara. Terbaru, pengguna boleh menikmati kandungan daripada saluran TV seperti tvN Mobies, Oh!K, dan Aniplus.

Mereka boleh menonton cerita-cerita blockbuster seperti:

  • Train to Busan
  • W-Two Worlds
  • Attack on Titan

Peminat kandungan tempatan turut boleh menonton filem kegemaran seperti:

  • KL Gangster
  • Rindu Awak 200%
  • Highland Tower

Kebaikkan perkhidmatan penstriman seperti iflix berbanding televisyen barbayar seperti Astro adalah anda tidak perlu risau terlepas waktu siaran kerana kandungan video tetap menunggu anda tidak kira hari hujan ataupun tidak.

Jika anda masih belum melanggan iflix, anda boleh berbuat demikian pada kadar RM10/bulan ataupun RM96/tahun. Ia membolehkan anda menonton video sehingga di 5 peranti sekali gus menggunakan satu akaun.

Antara Channel yang anda boleh temui di iflix

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: